Hiburan

Bukan Nak Tunjuk Alim Tapi Ia Perubahan Biasa Manusia - Wahid Senario

Rozaimi Zubaidi
25/01/2017
10:03 MYT
Sponsor Banner
Bukan Nak Tunjuk Alim Tapi Ia Perubahan Biasa Manusia - Wahid Senario
Anggota kumpulan Senario Wahid, memberitahu perubahan yang terjadi kepadanya dirinya merupakan sesuatu perkara biasa sebagai manusia.
Wahid atau Abdul Wahid Mohd, 42, berkata, ramai orang menyangka bahawa dirinya ingin menunjuk alim ekoran beberapa keping gambarnya ketika berada di masjid menjadi tular di laman sosial.
"Ia sebenarnya proses biasa sebagai umat islam untuk mempelajari ilmu agama dan pergi ke masjid untuk solat berjemaah.
"Saya dekatkan diri dengan agama bukan baru sebenarnya tetapi ia sudah lama sejak saya masih lagi aktif sebagai seorang pelawak.
"Menjaga solat dan taat kepada agama itu adalah satu kewajipan bagi semua umat Islam dan saya tidak terkecuali melakukannya.
"Saya hanya lakukan apa yang wajib dibuat dan perubahan yang dilihat tiada kena mengena dengan ingin berlagak seperti alim seperti dikatakan oleh orang ramai," katanya.
Wahid berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran muzik video SenarioToons nyanyian kumpulan Lawa Nie Gang di Warner Music, baru-baru ini.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024