Hiburan
Bukan Pertama Kali! Mona Allen Pernah Ditawarkan Kondominium, RM1 Juta Ajak Buat Perkara Tak Senonoh
Pelakon Mona Allen mendedahkan pernah beberapa kali menerima mesej langsung di media sosial mengajaknya untuk melakukan perkara tidak senonoh.
BERITA TRENDING: Mona Allen Kongsi Mesej Individu Tawar RM4,000 Untuk ‘Video Call’ Lucah - “Laki Siapa Ni?”
Jelas Mona menerusi hantaran di Instagram Stories, dia sebelum ini pernah juga ditawarkan wang yang bernilai tinggi selain kondominium.
"Saya boleh sahaja sekat orang yang mesej itu, tetapi ini bukan pertama kali berlaku dan bukan pertama kali saya dapat mesej begini. Saya lali dah.
"Ada yang pernah tawarkan saya sejuta ringgit, ada yang nak bagi kondominium dan kereta.
"Saya itu saya balas sebab nak jadikan pengajaran kepada semua supaya jangan mudah tertipu.," kongsinya.
Baru-baru ini, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 39, ditawarkan sejumlah wang untuk melayan nafsu seks pengguna media sosial menerusi panggilan video selama lima minit.