Hiburan

Bukan Putus Cinta Atau 'Potong Perut', Ini Sebab Bella Dowana Makin Kurus - "Ada Satu Ketika Dapat Komen ..."

Ainun
22/01/2025
02:25 MYT
Sponsor Banner
Bukan Putus Cinta Atau 'Potong Perut', Ini Sebab Bella Dowana Makin Kurus - "Ada Satu Ketika Dapat Komen ..."
Pelakon Bella Dowanna mengakui dia tidak pernah mengambil jalan pintas atau kecewa dengan perasaan sendiri untuk kelihatan kurus.
Menurut Bella, atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 21, punca dia kurus bukanlah kerana putus cinta atau menjalani pembedahan seperti potong usus, tetapi kerana keinginannya sendiri untuk kurus.
“Bagi saya, bila seseorang itu dipaksa kurus untuk kelihatan cantik, mereka tidak akan merasai keseronokan dalam perjalanan untuk mencapai tubuh yang diinginkan.
“Saya tidak ambil jalan pintas seperti potong usus, walaupun saya pernah keluar masuk hospital beberapa kali tahun lepas. Namun, saya tidak pernah melakukan pembedahan usus.

“Kurus saya ini bukanlah kerana putus cinta atau apa-apa sebab lain. Sebaliknya, apa yang memotivasikan saya adalah apabila saya tidak dipaksa untuk kurus.

“Kalau orang paksa saya untuk kurus, lagilah saya malas nak buat. Tapi, bila saya sendiri yang nak kurus, perkara itu jadi lebih seronok untuk dilalui,” katanya kepada Gempak.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Premier Soloz: Filem Game of Life di GSC Starling Mall, Isnin lalu.

BERITA BERKAITAN: Semakin Kurus & Dipuji Cantik Seperti Marian Rivera, Bella Dowanna Nafi ‘Cengkung’ Sebab Putus Cinta - “Tak Broken Pun, Memang…”

BERITA BERKAITAN: “Kalau Lapar Hanya Minum Susu, Makan Epal & Sebiji Telur” - Sweet Qismina Kurus Bukan Sebab Bariatrik Tapi Amalkan Liquid Diet

BERITA BERKAITAN: Fasha Sandha Pernah ‘Sentap’ Bila Ditegur Badan Berisi, Mula Diet & Fikirkan Kesihatan - “Kurus Ini Bukan Buat Kita Cantik Saja Tapi…”

BERITA BERKAITAN: "Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

Tambahnya lagi, aktres itu turut menyatakan masyarakat kini sering memaksa diri untuk kurus dalam tempoh singkat, yang akhirnya menyebabkan tekanan, terutama apabila perlu mengawal pemakanan.

“Kadang-kadang, bila orang nak turunkan berat badan, mereka tetapkan target dua atau tiga bulan untuk kurus. Itu boleh menyebabkan stress sebab perlu jaga makan dengan ketat.

“Bagi saya, perkara sebegini sangat menekan bila nak turunkan berat badan,” luahnya.

Komen Negatif

Pada masa sama, Bella turut berkongsi pengalamannya terkesan dengan komen negatif netizen selepas menjalani pembedahan lutut.
“Sebelum ini, saya tak pernah peduli dengan komen netizen yang mengata saya gemuk. Tapi, selepas saya cedera lutut dan menerima komen negatif, perkara itu benar-benar membuatkan saya rasa tertekan.

“Ada satu ketika, selepas saya lakukan pembedahan lutut, saya dapat komen daripada netizen yang berkata, ‘itulah, berat sangat. Sebab itulah kaki kena operation.’

“Komen itulah yang membuatkan saya rasa sangat terkesan. Sebelum ini, saya tak pernah ambil kisah dengan komen-komen mereka. Tapi, masa saya cedera itu dan terima komen seperti itu, saya rasa sangat terjejas,” jelasnya.
Terdahulu, perubahan imej terkini pelakon Bella Dowanna yang dilihat sudah semakin kurus dan langsing berbanding sebelum ini menerima pujian daripada netizen di laman sosial.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024