Gaya Hidup

Bukan Saja Menyekat Semula Peminjam Ke Luar Negara, PTPTN Juga Mungkin...

Hanafis Haris
16/05/2019
13:17 MYT
Sponsor Banner
Bukan Saja Menyekat Semula Peminjam Ke Luar Negara, PTPTN Juga Mungkin...
Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini telah mengeluarkan kenyataan mungkin akan memperkenalkan semula sekatan kepada peminjam yang culas membuat pembayaran.
Menerusi laporan Kinitv, Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid mendedahkan cadangan sekatan itu diperkenalkan semula sekiranya ia dimahukan oleh orang ramai.
"Keputusan pemansuhan senarai hitam dilakukan tahun lalu sebenarnya tidak dipersetujui oleh beberapa pihak kerana menganggap ia tidak adil buat mereka yang sudah menjelaskan pembayaran.
"Ada yang mendakwa mereka yang membayar tidak dapat insentif, tetapi yang tidak membayar pula diberi pelepasan," katanya.
Jelasnya lagi, pihak perbadanan juga sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan termasuklah menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.
"Sama ada akan diputuskan atau tidak, ia akan ditentukan oleh pihak kementerian," katanya.
Untuk pengetahuan anda, pada Mei tahun lalu, seramai 1.8 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang patut membuat bayaran balik telah ‘bebas’ untuk ke luar negara.
Mereka bebas memperbaharui atau membuat pasport baharu tanpa sekatan imigresen.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar