Laman Utama

Bukan Saja-Saja Bedah, Batang Hidung Lana Nodin Pernah Patah Kemalangan RXZ - "Hidung Senget Sampai Sekarang, Terpaksa Buat ..."

Amri Hassan
29/04/2022
09:54 MYT
Sponsor Banner
Bukan Saja-Saja Bedah, Batang Hidung Lana Nodin Pernah Patah Kemalangan RXZ - "Hidung Senget Sampai Sekarang, Terpaksa Buat ..."
Bengang dengan komen tidak berasas segelintir netizen di media sosial, menuduh sengaja membuat pembedahan hidung ekoran kelihatan semakin pelik, pelakon Lana Nodin tampil mendedahkan perkara sebenar.
Jelas Lana, 42, dia perlu memasukkan plastik pada hidungnya secara berkala selepas batang hidungnya patah akibat kemalangan ketika di bangku sekolah.
"Sebenarnya ini peribadi saya yang tak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu. Korang pun dah banyak buat dosa kering. Hidung saya ini masa saya sekolah, saya accident.
"Masa itu balik kampung Felda, yang tanah-tanah merah tu. Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur. Hidung berdarah... patah.
"Sejak dari itu, hidung saya memang senget. Kena pakai besi untuk beberapa tahun. Lepas itu, disarankan buka dan saya buka letak plastik. Sebab tak tahan, besi sejuk.
"Hidung saya senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung ke? Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung patah dah lama dah," kata Lana menerusi sesi siaran langsung di Instagram baru-baru ini.
Tambah Lana, prosedur rhinoplasty yang dilakukan hanya bertahan dalam tempoh lima hingga 10 tahun sahaja.
"Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat. Lima, enam tahun... 10 tahun kena tukar. Jadi saya tukar supaya hidung tidak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi yang korang nak tahu?
"Sibuk nau dengan hidung aku. Lubang lain tak nak tahu? Asyik tanya lubang hidung aku saja. Yang brader tu, kata tukar kejadian Tuhan apa la... eh kau tengok muka aku. Semua original la," ujarnya.
Justeru, Lana menegur tindakan segelintir pengguna media sosial terutamanya berbangsa Melayu agar tidak semberono dan bersangka buruk tanpa usul periksa.
"Manusia ini, sorry to say, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada saja bersangka buruk, cuba la bersangka baik. Sebab apa hati dah terlalu hitam.
"Cuba bersangka baik, hati kita bersih. Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu ni lubang Michael Jackson la. Aku tahu la apa aku buat.
"Tak payah ajar aku. Dah umur 44 ini dah tahu apa benda nak buat. Kalau aku jenis nak buat, dah lama dah jadi macam ini (bibir tebal)... tak ada maknanya," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar