Berita

"Bukan Senang Hidup Sebagai Orang Dikenali" - Aishah Komen Isu Sugu Pavithra, Ini Nasihatnya..

ZULHILMI JALIL
26/07/2020
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Bukan Senang Hidup Sebagai Orang Dikenali" - Aishah Komen Isu Sugu Pavithra, Ini Nasihatnya..
Penyanyi Aishah mengakui bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai orang yang dikenali lebih-lebih lagi apabila populariti yang diraih itu diterima secara mendadak seperti yang dilalui pasangan YouTuber masakan, Sugu Pavithra.
Menurut Aishah, dia cukup memahami dengan situasi yang berlaku ke atas pasangan tersebut berikutan dia sendiri juga pernah melalui perkara sama sepanjang bergelar anak seni.
"Satu dua hari ini viral cerita tentang pasangan yang instant famous (dikenali mendadak) hingga melibatkan polis. My heart goes to them.
"Bukan senang hidup sebagai orang yang dikenali, terutama sekali apabila ia berlaku dengan mendadak. Bila berpasangan lagilah rumit, kerana berbagai perasaan akan timbul, cemburu itu sudah tentu, rasa sangsi, ego yang tercalar dan lain-lain.
"Untuk seseorang mengahwini orang yang dikenali pun dah cukup susah, inikan pula bila kedua-duanya baru nak merasa hidup dikenali ramai," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Day #132- Satu dua hari ini viral cerita tentang pasangan instantfamous hingga melibatkan polis.My heart goes to them.Bukan senang hidup sebagai orang yg dikenali,terutama sekali apabila ianya berlaku dgn.mendadak.Bila berpasangan lagilah rumit,kerana berbagai perasaan akan timbul,cemburu itu sudah tentu,rasa sangsi,ego yang tercalar dll.Utk.seseorang mengahwini org yg dikenali pun dah cukup susah,inikan pula bila kedua2nya baru nak merasa hidup dikenali ramai.Masing2 kena mainkan peranan supaya tak ada sorang yg akan terasa hati dipinggirkan.Manusia ni mcm2 perangai,ada yg bila masuk dlm dunia 'glamour' dah dia lebih kuah dari sudu pulak,lupa yg dia dikenali pun dik sebab pasangannya.Ada juga terus takut dgn publicity hingga nampak tak friendly langsung hinggakan ada yg bertanggapan negatif kepadanya.Believe me I have been through it all??Selain dari kasih sayang yg kuat dan ikhlas,yg penting ialah 'trust'atau kepercayaan kepada pasangan.Rasa hormat itu penting,kalau peminat lelaki nak bergambar,ajak je suami join,habis cerita,terhindar dari fitnah.Ada jugak peminat yg kurang adab ambik selfie bertiga dgn.suami dia boleh shoot berdua dgn I je,hadoiiiii??Adab itu penting,walaupun kita celebrity,kita tetap isteri orang,jadi pastikan yg.peminat dan public ingat tu.Peminat pun boleh mainkan peranan dgn menjaga adab,walau minat macam mana pun lah???Mula2 tu memanglah its like going through a rocky road,tetapi insyaallah you can work it through.???
A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on
Aishah turut menasihati agar mana-mana pasangan yang berdepan situasi sama agar sama-sama memainkan peranan dalam menjaga hati pasangan agar tiada pihak yang berasa terpinggir.
"Manusia ni macam-macam perangai, ada yang bila masuk dalam dunia 'glamour' dah dia lebih kuah daripada sudu pula, lupa yang dia dikenali pun dik sebab pasangannya.
"Ada juga terus takut dengan publisiti hingga nampak tak mesra langsung hinggakan ada yang bertanggapan negatif kepadanya.
"Percayalah, saya dah lalui semua itu. Selain dari kasih sayang yang kuat dan ikhlas, yang penting ialah kepercayaan terhadap pasangan," ceritanya.
Pelantun lagu Janji Manismu itu turut menasihati agar mereka yang meraih populariti tetap menjaga batas-batas pergaulan bersama peminat.
"Rasa hormat itu penting, kalau peminat lelaki nak bergambar, ajak sahaja suami serta, habis cerita, terhindar daripada fitnah.
"Adab itu penting, walaupun kita selebriti kita tetap isteri orang, jadi pastikan yang peminat dan umum ingat tu.
"Peminat pun boleh mainkan peranan dengan menjaga adab walau minat macam mana pun," nasihatnya.
Terdahulu, kisah Sugu Pavithra mencuri tumpuan ramai apabila pasangan itu dikatakan berselisihan faham berhubung satu majlis pengiktirafan sehingga menimbulkan insiden di luar kawalan.
BACA: Didakwa Cederakan Isteri, Suami YouTuber Masakan Terkenal Direman 3 Hari?
Ekoran insiden itu, pasangan tersebut memaklumkan mereka mahu menjalani kehidupan normal seperti dulu tanpa
BACA: Sugu Pavithra Mahu Kehidupan Biasa, Tak Mahu Populariti
Terbaharu, pasangan itu dikatakan memadam kesemua video masakannya di YouTube.
BACA: Saluran YouTube Sugu Pavithra Kosong! Tiada Lagi Video Masakan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar