Laman Utama
Bukan Setakat Baju, Rambut Pun Sama Dengan J-Hope BTS... “Oklah Tu, Ni BTS Melayu La” - Awal Ashaari
Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Bintang Popular Ke-34 (ABP34) Sabtu lalu, ramai selebriti mengambil peluang tersebut untuk melaram sakan dengan pilihan fesyen masing-masing di acara karpet merah.
Ada yang menggayakan stail eksentrik dan ada juga yang tampil sederhana, sesuai dengan tema yang dipilih oleh pihak penganjur.
Namun, dalam ramai-ramai selebriti yang hadir, mata peminat tertancap pada busana mewah yang digayakan oleh pengacara popular, Awal Ashaari.
Hal ini kerana, pada malam tersebut, Awal menyarung persalinan sut Louis Vuitton Fall/Winter 2021 yang turut pernah digayakan oleh J-Hope, iaitu salah seorang anggota kumpulan BTS yang berasal dari Korea Selatan.
Menurut Awal, dia sendiri tidak tahu sut tersebut pernah digayakan oleh J-Hope dan sedar tentang hal tersebut setelah ada yang berkongsi dengannya di laman Twitter.
“Saya pun tak tau yang baju ni dipakai oleh J-Hope daripada kumpulan BTS. Saya dapat tahu bila orang forward di Twitter. Saya pun terkejut juga bila bukan je baju sama, rambut pun sama juga, really coincidence!
“Anyway, baju ni diterbangkan khas dari Paris daripada koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 untuk Awal gayakan di ABP34. Awal seronok sebab dapat bereksperimen and seronok bila fans appreciate the look. Okaylah tu, ni BTS Melayu la hahaha,” ujar Awal kepada Gempak sambil tertawa.
undefined
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan peminat menerusi sebuah video di TikTok, rata-rata melahirkan rasa kagum dengan penggayaan Awal pada malam berkenaan.
“Ini I approved,” tulis seorang pengguna TikTok ringkas.
“POV: Awal is secretly an Army and his bias is Hobi (J-Hope)” ungkap seorang lagi netizen.
Netizen turut menyatakan yang Awal turut menggayakan baju yang pernah dipakai seorang lagi anggota BTS iaitu Jungkook sewaktu mengacarakan sebuah program baru-baru ini.
Untuk rekod, koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 diperkenalkan kepada umum pada Julai lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!