Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Nusantara

"Bukan Tak Garing Tapi Tak Masak" - Juri MasterChef UK Bela Diri

Amri Hassan 05/04/2018 | 06:00 MYT
Selepas teruk dikecam netizen gara-gara isu rendang ayam tak 'crispy', juri MasterChef UK akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Menerusi rancangan Good Morning Britain, Gregg Wallace menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah rendang ayam yang dimasak peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin itu sebenarnya tidak masak, bukan tak garing.
"Saya tidak bermaksud ia seharusnya digoreng, seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak masak. Ia hanya tidak masak. Ia putih dan lembik," katanya pada rancangan itu.
Hos rancangan itu turut mempersoalkan kenyataan Wallace itu dengan menempelaknya "tetapi anda sebut 'crispy'!"
"Percayalah tukang masak yang terbaik selalu melepasi ke peringkat seterusnya. Dia (Zaleha) disingkirkan bukan kerana kulit rendang ayamnya tidak rangup. Dia disingkir kerana peserta lain lebih baik," jelas Wallace lagi.
Wallace dan seorang lagi juri, John Torode menerima kritikan hebat netizen selepas menyingkirkan Zaleha kerana rendang ayamnya tidak 'garing'.
Baca: Isu Rendang Ayam Tak 'Crispy', PM Najib & Mahathir Pun Back Up Zaleha
Terdahulu, Torode turut memadamkan kenyataannya di Twitter tentang masakan rendang selepas menerima kecaman teruk daripada netizen.
Torode antaranya memuat naik status mengatakan rendang berasal dari Indonesia dan mengucapkan “namaste”, sekaligus mengguris sensitiviti masyarakat tempatan.
Baca: Isu Rendang Ayam Tak ‘Crispy’, Chef Wan Minta Juri Masterchef UK Berhenti Jadi Sarkastik!
Baca: Mak Cik & Pak Cik Bawang Nusantara Bersatu, Laman YouTube MasterChef UK Dipadam
#MasterChef UK #Rendang Ayam #Zaleha Kadir Olpin #Crispy #Gregg Wallace
;