Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Bukan Tak Sayang, PU Syed Tekad Tinggalkan Profesion Tetap Sebagai Guru

ZULHILMI JALIL 08/10/2020 | 07:20 MYT
Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri mengumumkan dirinya bakal meninggalkan dunia perguruan selepas lebih sedekad berkhidmat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berita pengunduran dirinya daripada profesion seorang guru itu dikongsikan PU Syed menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
"Notis sebulan untuk melepaskan jawatan PPPS (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah) DG 44 telah siap dicetak dan akan diserahkan pada Jumaat ini dengan izin Allah.
"Bukan saya tak sayang jawatan ini, namun bila memikirkan ada benda yang perlu dibuat untuk ummah, diri dan keluarga, saya kuatkan semangat untuk berhenti daripada jawatan ini," katanya.
Katanya, dia membuat keputusan tersebut selepas mempertimbangkan segala aspek termasuk fokus baharunya dalam dunia perniagaan.
"Saya dah bertekad untuk meninggalkan KPM setelah lebih 12 tahun mencurah bakti sebagai seorang guru demi memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan, penulisan buku-buku, menyambung pelajaran dan menjaga Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya," tulisnya.
Pu Syed kini berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Said Tambahan (SK DAST), Ipoh, Perak dan bakal menamatkan perkhidmatannya pada 30 November depan.

Selamat Tinggal KPM بسم الله الرحمن الرحيم Notis sebulan untuk melepaskan jawatan PPPS DG 44 telah siap di print dan akan diserahkan pada Jumaat ini dengan izin Allah. Bukan ambe tak sayang jawatan ini, namun bila memikirkan ada benda yg perlu dibuat untuk ummah, diri dan keluarga. Ambe kuatkan semangat untuk berhenti dari perjawatan ini Ambe dah bertekad untuk meninggalkan KPM setelah lebih 12 tahun mencurah bakti sebagai seorang guru demi memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan, penulisan buku-buku, menyambung pelajaran dan menjaga Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya MATAVBAIDHI @ MATAVBAIDHI Seingat ambe tak kurang ribuan murid yg pernah ambe ajar dan didik di SK Dato Ahmad Said Tambahan Ipoh, semoga dapatlah sedikit pahala dari mereka sewaktu mereka membaca al Quran dan menggunakan ilmu, nasihat dan peringatan yg pernah ambe titipkan buat mereka. Sedikit Kronologi kehidupan ambe di SK DAST. Tahun 2007 menerima tawaran sebagai guru KPLI j QAF dan melapor diri di SK Dato Ahmad Said Tambahan (SKDAST) . Setiap kali cuti sekolah kena masuk Institut Perguruan Ipoh sehingga tahun 2008 dan berjaya menerima Dip Perguruan Bahasa Arab. Pada Ogos 2008 ambe di lantik ke perjawatan tetap dan pada Ogos 2009 disahkan jawatan. Kenangan manis pada tahun 2009, berjaya melatih dan membawa SK DAST sebagai Naib Johan Negeri, bagi pertandingan Kalam Jamaie dan pada tahun itu juga ambe turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pada 2015 hingga 2017 pula, selama dua tahun ambe berjaya mendapat Hadiah Cuti Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa CBPTB untuk menyambung Pengajian di peringkat Sarjana di UM dan berjaya memperoleh Sarjana Syariah Jabatan Fiqh dan Usul dan pada masa yg sama tahun 2015 itu, ambe berjaya memasuki Program Pencetus Ummah Astro Oasis dan rezekinya ambe berjaya pula merangkul Johan Program Realiti Agama tersebut. Pada tahun 2018 ambe masuk kembali ke SK DAST dan 2019 ambe mohon cuti tanpa gaji (CTG) dan baru shj melapor diri pada Akhir Julai yg lalu. Semuanya akan menjadi memori indah ambe..selama2nya☺️ Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak AlYahya GBA, SK Dato' Ahmad Said Tambahan Ipoh Julai 2007 - 30 Nov 2020

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Katanya, terlalu banyak kenangan sepanjang bergelar guru yang tidak akan dilupakan.
"Seingat saya tak kurang ribuan murid yang pernah saya ajar dan didik di SK DAST. semoga dapatlah sedikit pahala daripada mereka sewaktu mereka membaca al-Quran dan menggunakan ilmu, nasihat dan peringatan yang pernah saya titipkan buat mereka.
"Kenangan manis pada tahun 2009, berjaya melatih dan membawa SK DAST sebagai Naib Johan Negeri bagi pertandingan Kalam Jamaie dan pada tahun itu juga saya turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang," kongsinya yang merupakan bekas juara program realiti Pencetus Ummah anjuran Astro Oasis pada 2015.
#Guru #PU Syed #Perniagaan
;