Laman Utama

“Bukan Tak Suka Dengar Tapi…” - Dr Say Shazril Luah Rasa Down, Harap 2023 Lebih Baik

Mya Amri
04/01/2023
07:29 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Tak Suka Dengar Tapi…” - Dr Say Shazril Luah Rasa Down, Harap 2023 Lebih Baik
Dr selebriti dan juga pempengaruh, Dr Say Shazril meluahkan rasa kurang bersemangat selepas mendapat laporan perkembangan anak sulungnya, Ace.
Menurut Dr Say, mesej tersebut memintanya untuk mengambil kad laporan pelajaran Ace selepas empat bulan melalui program intervensi awal di sekolah.
“Rasa macam tak bertenaga, rasa lemau, rasa down. Lepas tu sekolah Ace mesej cakap “hari ini doc akan datang amik report card Ace kan?
“Lagilah saya down sebab ambil report card bukan “ambil dan thank you” ja tapi kena duduk dan dengar progress yang Ace dah lalui sepanjang empat bulan EIP (early intervention program) di situ. Bukan saya tak suka dengar progress Ace tapi bakal beratlah otak jadinya.
“Dan betul sangat lepas dapat report card dan going through the process terus jammed otak saya. Saya minta permission dekat wife untuk tidur dan mintak dia tolong tengok anak-anak.
“2 petang saya tidur sampai pukul 6 petang dahsyat i know. Bila bangun saya pergi gym.
“Habis gym saya rasa sedikit ringan. Lepas tu saya jumpa kawan lama saya waktu kat Terengganu dulu, a very successful entrepreneur. Jadi lebih ringan otak saya.
"Saya rasa sebab paling utama saya demotivated was i didnt have any goals, plans, resolutions untuk tahun 2023 ni.
“Sebab tu saya tanya dekat story apa goals korang dan saya tanya lagi apa yang korang harapkan dari saya,” luahnya.
BACA: “Patutlah Ace Suka Tutup Telinga, Guna Mulut Buka Penutup Botol” - Autism, Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak
Bagaimanapun Dr Say berharap 2023 dapat bermula dengan baik dan lebih baik dari tahun sebelumnya.
“Saya tak nak 2023 sama seperti 2022. Saya mahu menjadi berbeza, saya ingin menceburi sesuatu, saya mahu kemajuan dalam hidup cuma saya tidak tahu apa/ bagaimana/ di mana untuk bermula.
“Kesimpulan kisah ni, ampa mungkin nampak saya sengih kerang busuk sokmo tapi ada hari yang saya betul-betul terduduk.
“If any of u are feeling overwhelmed the same way as i do, its okay. Yang penting kita acknowledge perasaan ini dan channel it out properly.
“Alhamdullilah saya rasa lebih baik sekarang. Tak sabar nak tulis apa goals kalian dan apa yang kalian harapkan dari saya. Moga 2023 akan menjadi tahun yang baik untuk kita semua! Bismillah,” tulisnya.
Sebelum ini, Dr Say tampil berkongsi kisah perkembangan anak pertamanya Aezriel yang disahkan menghidap mild autism.
BACA: "Ko Dah Habiskan Duit Nak Tunjuk Straight Tapi Anak Pula OKU" - Netizen Mulut Lahar, Dr Say Terkilan!
Dr Say dan Dr Azura Abbas telah berkahwin pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki, Aezreil dan Sefriel.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar