Hiburan
Bukan Untuk Fattah Amin & Fazura, Tapi Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima - “Kita Menderita Kerana Cinta, Maka…”
Berbeza dengan orang lain, pelakon Puteri Balqis memilih untuk menitipkan pesanan dan nasihat buat anak perempuan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.
Pengorbanan ibu bapa
Menerusi perkongsian di Instagram, Balqis memberitahu Fatima perlu sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapanya dalam membesarkannya biarpun mereka sudah berpisah.
“Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu, dik. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika, namun rindu, tanggungjawabnya pada seorang anak, tidak sekali-kali diabai walau keadaan memaksa.
“Biar ibumu dihina, kasihnya padamu tiada tara. Keduanya punya cinta yang tinggi buatmu, dik. Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa.
“Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma. Bising seketika. Maka, biarkan dengan ilusi mereka. Bila kau membesar, aku pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa, sepertimana yang mereka gembar-gemburkan,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Balqis turut berkongsi pengalaman dia berdepan dengan situasi orang sekeliling mahukan dirinya membenci ibu sendiri.
Kisah berbeza
“Apa yang mereka harapkan padamu, sama seperti apa yang mereka harapkan berlaku pada aku, satu waktu dulu. Mereka mengharapkan aku membenci ibuku sehingga ada yang menulis, dia bakal bunuh ibunya sendiri.
“Sedangkan apabila tiba waktunya, aku lebih membenci mereka. Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar, selama lebih 10 tahun. Tapi sekali dibuka, maka bertempiklah mereka mengatakan ini aib.
“Aku saksi kecil, yang berdiam, menyaksikan derita ibuku sekian lama. Maka kini, aku tidak peduli lagi kata-kata mereka. Malah, kasih aku pada ibuku semakin kuat.
“Yang ada dalam diri aku hanya penyesalan, kerana tidak mampu mempertahankannya ketika ibuku menerima hinaan masyarakat, dan orang-orang industri,” kongsinya lagi.
Bahagia dengan kasih sayang
Menganggap kisahnya berbeza, Balqis bagaimanapun berharap Fatima yang dianggap seperti adiknya sendiri sentiasa bahagia dengan kasih sayang daripada ibu bapanya.
“Tapi ini aku, kerana aku cuma ada ibu. Kisah kita sangat berbeza. Masa akan tiba utk kau lebih bijak berfikir, dalam membuat keputusan.
“Dengarlah luahan mereka, jadilah pengubat derita mereka. Aku pasti tiada ego di hati mereka untuk memohon maaf padamu, kerana kau permata, yang dikasihi, dijaga dengan cukup sempurna.
“Terlalu jauh jika ingin dibandingkan derita kehidupan ‘broken child’ yang sebenar. Anak-anak sepertimu masih beruntung berbanding anak-anak seperti kami. Maka bergembiralah wahai anak kecil. angan kau bersedih dgn pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia.
“Kita menderita kerana cinta. Maka belajarlah dari pengalaman insan yang benar-benar mengasihimu, bukan dari musuh dalam selimut yang cuma ada di waktu kau punya segala-segalanya,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim
ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura
ARTIKEL BERKAITAN: Shamsul Ghau Ghau Sokong Tindakan Fattah Amin Simpan ‘Aib’ Bekas Isteri - “Sebagai Lelaki, Dalam Rumah Tangga Ini…”
Dalam pada itu, Balqis turut memuji Fattah dan Fazura yang tetap menjaga dan membesarkan Fatima sehabis baik biarpun mereka bukan lagi pasangan suami isteri.
“Buat kalian berdua, terima kasih kerana membesarkan Fatima dengan sebaik-baik kehidupan. Sebagai anak seni dari industri yang sama, aku dari jauh, tumpang bahagia melihat keindahan hidupmu, adik Fatima,” katanya lagi.