Laman Utama

Buktikan Bukan Sekadar Raja Komen, Erul Samah Kembali Dengan Single Baru - “Saya Masih Aktif”

Azwa Rahman
27/02/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Buktikan Bukan Sekadar Raja Komen, Erul Samah Kembali Dengan Single Baru - “Saya Masih Aktif”
Setelah menyepi hampir dua tahun, penyanyi Erul Samah kembali menghangatkan industri muzik Malaysia dengan single yang berjudu Tak Bisa.
Menurut Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah, lagu tersebut merupakan sebuah kisah benar yang diadaptasi daripada pengalaman cinta seseorang.
“Lagu ni sebenarnya telah dicipta pada tahun 2014 lagi dan liriknya disempurnakan oleh saya pada tahun 2020, dan genre yang saya bawakan kali ini lebih kepada berentak pop rock.”
“Proses rakaman hanya mengambil masa selama satu jam setengah sahaja bersama Oja Gegar Vaganza di Studio Tuneable Record kerana mudah bagi saya untuk merakamkannya kerana ia ciptaan saya sepenuhnya dan hanya menunggu masa untuk disempurnakan,” ujar Erul menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada Gempak.
Tambah Erul, dikenali sebagai penyanyi berimej K-Pop, lagu tersebut bukanlah lama diperam kerana dia tidak aktif tetapi sedang sibuk dengan kerjaya lain.
“Sebenarnya saya tidak pernah hilang pun, cuma lebih tertumpu kepada bidang lakonan, sebagai influencer dan juga sebagai guru muzik di Yamaha Music School.
“Pada masa yang sama, saya masih lagi mengekalkan imej K-pop yang memang sudah serasi dengan jiwa saya, tetapi lebih matang sesuai dengan usia dan peredaran masa, dan fokus saya lebih tertumpu kepada kekuatan lagu dan kualiti dari segi nyanyian,” jelasnya lagi.
Muzik video Tak Bisa juga telah dilancarkan semalam di laman YouTube Warner Music dan merupakan hasil garapan pengarah Ausz Din yang pernah menghasilkan klip lagu Jampi.
Erul berharap lagu ini akan diterima baik oleh peminat dan penggemar muzik tanah air dan mampu menempah tiket ke pentas Anugerah Juara Lagu pada masa akan datang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar