“Bunga-Bunga Matahari…Eh Eh Boleh Pula Dia Menyanyi Dalam Dewan!” - Babak Exam Projek: Anchor SPM Buat Ramai Berdekah!
Tayangan episod empat Projek: Anchor SPM, Isnin lalu mendapat pujian ramai kerana mempunyai banyak babak yang cukup meyakinkan.
Antara yang paling banyak diperkatakan adalah babak lucu watak Zaim yang secara spontan menyanyi di saat pelajar lain sedang menjawab peperiksaan.
Menerusi babak berkenaan, Zaif pada awalnya agak khusyuk untuk meniru.
Walaubagaimanapun, dia kemudian terkejut apabila didatangi pengetua Awang.
Tanpa rasa bersalah, lagu Matahari milik Allahyarhamah Mya Ruslee berkumandang!
Anda boleh lihat sedutan babak tersebut di bawah.
Sementara itu menurut pengarahnya, Anwari Ashraf nyanyian Zaim itu sebenarnya tiada dalam skrip dan ia dilakukan secara spontan.
“Zaim menyanyi Bunga Matahari ni takde dalam skrip. Kami pun nak terbalik tahan gelak dekat belakang monitor masa kat set,” katanya.
Pada yang terlepas, boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.