"Bunuh Anjing Tak Boleh Ubah Keadaan" - Ramai Berang, Anjing Liar Nama Kopi M*ti Ditembak
Pengguna media sosial meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menembak mati seekor anjing liar sebagaimana yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Anjing yang diberi nama Kopi itu sebelum ini menarik perhatian warganet dengan keletah lucu dan manjanya bermain-main dengan seekor anak kucing di kaki lima.
Bagaimanapun, Kopi ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai telah ditembak dan merintih kesakitan.
Menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun My Forever Dog Go, seorang penduduk di kawasan itu terdengar bunyi tembakan kuat dan segera bergegas keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.
"Tragedi yang menyayat hati ini, terutamanya kerana ini bukan kali pertama insiden seperti ini berlaku, mengingatkan kita betapa pentingnya untuk terus bersuara bagi haiwan-haiwan jalanan ini.
"Terdapat cara yang lebih berperikemanusiaan untuk menangani mereka. Membunuh anjing-anjing jalanan ini tidak mampu mengubah keadaan tetapi membantu mereka yang akan mengubahnya.
"Sering kali, anjing-anjing dan kucing-kucing yang tidak bersalah dibunuh atau ditangkap oleh pihak majlis perbandaran akibat aduan daripada orang awam," katanya.
Menurut luahan pemilik akaun tersebut, kejadian menyayat hati ini bukan kali pertama berlaku, malah ia sering kali terjadi di tempat awam.
Dalam perkembangan terbaharu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menafikan anggotanya menembak mati anjing berkenaan sebagaimana dakwaan yang sedang tular di media sosial.
Manakala, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri sedang menyiasat kejadian sebenar dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi. Siasatan dibuat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Meninjau di ruang komen, kebanyakkan netizen dan selebriti meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa nasib Kopi.
Antara komen yang ditinggalkan:
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah berjaya meraih sebanyak 2.5 juta tontonan dan 37,900 ribu butang suka.