Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Bunuh Teman Wanita Kerana Status WhatsApp

Gempak 25/10/2024 | 15:47 MYT

Gara-gara cemburu dan berasa dikhianati seorang lelaki bertindak membunuh teman wanitanya.

Insiden ngeri itu belaku pada 17 Oktober lalu, di rumah sewa mangsa di Jalan Peterongan Timur, Kelurahan Peterongan, Kecamatan Semarang Selatan.

Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Adhi Nugroho, 28, mengakui kepada polis bahawa cemburu menyebabkan dia bertindak sedemikian.

"Kemarahan saya memuncak beberapa jam sebelum saya membunuh dia (Robiatul).

"Apabila melihat status WhatsApp yang menunjukkan dia bersama lelaki lain," katanya kepada pihak polis Semarang.

Menurut laporan media tempatan, mangsa meninggal dunia setelah ditikam dipercayai menggunakan pisau sebanyak 15 kali.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Semarang, Kombes Pol Irwan Anwar berkata, suspek kini sudah ditahan pihaknya dan bakal berhadapan dengan hukuman mati.

"Ia mengikut Pasal 340 KUHP tentang pembunuhan yang dirancang, menurut undang-undang ini suspek bakal berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#Indonesia #Kes Bunuh #Jenayah #Tular
;