Laman Utama

Bunyi Hon Kereta Nak Selamatkan Anak Yang Terkambus, Tapi…

Izwan Isa
19/12/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Bunyi Hon Kereta Nak Selamatkan Anak Yang Terkambus, Tapi…
Pengacara dan selebriti Fedtri Yahya berkongsi kisah yang disampaikan oleh seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenai satu insiden menyayat hati sewaktu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Selangor baru-baru ini.
Fedtri memberitahu, pegawai APM yang dikenali dengan nama Firdaus Samad itu cuba menyelamatkan seorang wanita dengan anaknya yang berada dalam kereta dan terkambus dek kesan runtuhan kejadian berkenaan.
Fedtri yang menulis kembali perbualan Firdaus di Instagram:
“Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya, seorang mangsa lelaki memberitahu kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan dengan runtuhan itu. Dia menjerit memberitahu supaya pasangannya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.
“Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerakan, kami terus mencari arah hon kereta mangsa. Tidak lama selepas itu kami menemui kereta yang dimaksudkan lelaki berkenaan, dengan di dalamnya memang ada isteri dan anaknya,” ujar Firdaus.
Namun, hasrat untuk melihat kedua mangsa terselamat punah apabila Firdaus memberitahu ya anak kepada pasangan suami isteri itu ditemui tidak bernyawa.
"Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya.
“Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi," katanya.
Fedtri menjelaskan, Firdaus mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam APM yang mengajarnya menjadi profesional. Firdaus dan pasukannya kekal tenang mengeluarkan si anak diikuti isteri mangsa selepas itu.
“Semoga keluarga mangsa Father’s Organic Farm diberi ketabahan atas ujian ini. Terima kasih pasukan penyelamat yang bermatian melaksanakan tugas murni ini,” katanya.
Dalam tragedi pada jam 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Jalan Genting - Batang Kali.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar