Hiburan

Burger Ramly Halal Lah! Bahan Mentah Tidak Melalui...

Hanafis Haris
28/12/2020
00:10 MYT
Sponsor Banner
Burger Ramly Halal Lah! Bahan Mentah Tidak Melalui...
Kecoh di media sosial apabila terbongkarnya kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai mula berhati-hati terutama setiap produk yang menjual produk berasaskan daging.

Antara yang terpalit adalah pengeluar makanan proses popular, burger Ramly.

Namun, menerusi kenyataan dikeluarkan semalam, pihak Ramly Food Prosessing Sdn Bhd (RFPSB) menafikan yang mereka terlibat dengan sindiket tersebut.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni berkata, pihaknya hanya mengimport daging dan lain-lain bahan mentah terus daripada pengeluar dan dipantau sendiri oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara berkala.

Jelasnya, ia juga disahkan halal tanpa penglibatan orang tengah.

"RFPSB adalah sebuah syarikat bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitikberatkan serta berhati-hati dalam isu ini sejak dahulu lagi.

“Merujuk kepada kenyataan media Jakim pada 23 Disember lalu berkenaan isu daging seludup, pihak kami menyambut baik saranan jabatan itu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar tiada mana-mana pihak boleh mengulas isu itu selagi siasatan penuh belum selesai.

“Sungguh pun begitu, daging kami disahkan halal oleh JAKIM dan tiada penglibatan orang tengah,” kata kenyataan tersebut.

Penjelasan tersebut sekali gus menjawab persoalan kebanyakan netizen yang gemarkan produk burger Ramly.

Untuk rekod, Dr Ramly yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bersama isterinya, Datin Shala Siah Abdul Manap menghasilkan daging burger sendiri dengan bermodalkan RM2,000 pada 1978 kini menjadi jenama utama dalam kalangan pengguna Malaysia.

Gerai burger pertamanya dibuka di sekitar Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, yang menjual daging burger mentah dan siap dimasak.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar