Gaya Hidup
Burj Azizi Cabar Status Merdeka 118 Sebagai Bangunan Kedua Tertinggi Dunia!
Bangunan Merdeka 118 baru sahaja dinobatkan sebagai bangunan kedua tertinggi dunia pada pertengahan bulan lalu.
BERITA TRENDING: 25 Jam Tak Makan, Minum & Tidur- Wanita Rusia Dedah Taktik Ceroboh Menara Merdeka 118
Tetapi status itu akan dicabar oleh Burj Azizi yang dijangka siap pada tahun 2028 di Dubai. Pembinaan Burj Azizi telah bermula beberapa minggu lalu dengan sasaran akan memintas ketinggian 678.9 meter Merdeka 118.
Projek pembinaan ini akan menelan belanja AS$1.5 bilion apabila siap kelak. Ia akan menempatkan tempat kediaman, pejabat, pusat beli-belah dan hotel tujuh bintang.
Ketinggian akhir Burj Azizi dirahsiakan pada ketika ini bagi mengelakkan dipintas sebelum ia siap dibina.
Dubai sudahpun menjadi lokasi bangunan tertinggi Burj Khalifa tetapi nampaknya ia ingin membolot status sebagai bandar raya dengan jumlah bangunan tertinggi paling banyak di dunia.