Laman Utama
“Bur*t Mak Hang, Dah Melampau", Che Ta Blocked & Tak Nak Kerjasama Dengan Diva AA Yang Hina Ibunya
“Saya tak kisah kalau dia nak maki saya atau baju dan fesyen saya tapi bila dia sebut pasal ‘burit mak hang’…itu dah melampau!” luah pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta kepada Astro Gempak selepas menjadi mangsa kecaman pengacara Azwan Ali di media sosial baru-baru ini.
Azwan Ali yang dikenali sebagai Diva AA itu menerusi satu ciapan Twitter pada 6 Ogos lalu, memberi kata-kata kesat dengan mengecam Che Ta kerana dilihat melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin.
Kata Che Ta, dia tidak kisah jika diri dan gayanya dihina dan dimaki namun bila menyentuh mengenai ibunya ia telah menimbulkan rasa marah yang teramat.
“Bagi saya mulut dia memang betul-betul level ‘puaka’. Saya tak tahu bagaimana dia boleh tergamak tulis perkataan kesat kepada ibu saya.
“Ia sangat sensitif dan bukan satu perkara yang boleh dibuat lawak. Saya betul-betul marah dengan kata-katanya itu,” katanya.
Tidak tahu apa punca Diva AA bertindak mengecamnya sebegitu, Che Ta memberitahu sebelum ini hubungan mereka tiada masalah dan baik-baik sahaja.
“Saya pun pelik tak tahu kenapa tiba-tiba dia boleh bersikap begitu kepada saya. Dalam tahun ni saja 3 kali kami jumpa, berborak, ambil gambar dan ada juga dia buat video call...
“Malah kami baru jumpa hujung Mei lalu untuk satu penggambaran cooking show. Tiba-tiba dia buat macam ni saya kecewa dan terkilan.
“Tak sangka orang yang kita dah lama kenal dan rasa tiada masalah, rupanya depan mulut manis belakang lain pula cerita dia,” luahnya lagi.
Tambah Che Ta, dia juga sudah menyekat atau ‘blocked’ Diva AA dari akaun Instagram miliknya dan tidak akan bekerjasama dengan pengacara tersebut dalam mana-mana program.
“Saya dah blocked dia dari sosial media kerana bagi saya kita tak perlu manusia ‘toxic’ dalam kehidupan kita.
“Malah saya rasa kami tidak akan lagi boleh berbaik seperti dulu dan saya akan menolak jika diminta untuk bekerjasama dengannya pada masa akan datang,” jelasnya lagi.
Pun begitu, Che Ta tidak akan mengambil apa-apa tindakan kepada pengacara tersebut.
“Orang macam dia ni tak makan saman. Di akhirat nanti pandai-pandai lah dia jawab,” tegasnya.