Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Buruk Sangat Ke Aku Ni?” – Rosma Pernah Jadi Mangsa Body Shaming Kerana Gemuk

Fiza Kamarudin 20/07/2020 | 07:27 MYT
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Rosma, mengakui pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ kerana bentuk tubuhnya yang berisi dan montel.
Rosma berkata, bukan sahaja hinaan malah ada yang mempertikaikan hubungannya dengan Khai kerana berbadan gemuk.
“Dek kerana fizikal saya, ia jadi modal kecaman! Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” katanya kepada Gempak.
Tambah Rosma, mujur ketika itu belum wujud wira papan kekunci dan media sosial kerana perkara tersebut boleh menyebabkan dirinya jatuh terduduk.
“Kalau masa tu media sosial serancak sekarang dengan wira kekunci lagi…mau jatuh terduduk saya kerana body shaming.
“Kerana saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik kini memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan.
“Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya yang memiliki berat 46 kilogram sekarang.
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Ketika ini produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159.
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di Instagram rasmi @msbykhairosma
#Kurus #Body Shaming #Rosma AF
;