Laman Utama
Busana Queen Of Gold Aina Abdul Bernilai RM120,000, Berat 40 Kilogram! - "Fabrik Emas Ni Tak Jual Kat Malaysia"
Sabtu lalu telah berlangsungnya Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang menyaksikan hampir 10,000 penonton memenuhi setiap pelusuk Arena Axiata.
BERITA TRENDING: Memang Next Level! Busana Biru Keluar Asap! Bunga Siap Berpusing, Aina Abdul Berhabis RM400,000 Hanya...
Tampil menggayakan lima persalinan eksklusif rekaan pereka tempatan, busana berkonsepkan Queen of Gold yang merupakan kostum keempatnya dikatakan menelan belanja sehingga RM120,000.
Perekanya, Ezuwan Ismail memberitahu, busana yang memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan itu dibuat daripada bahan yang hanya boleh diperoleh dari luar negara.
“Fabrik emas ni memang tak dijual di sini (Malaysia). Nak tak nak, kena beli dekat luar negara termasuklah batu-batu yang memenuhi busanan tersebut.
“Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manis dan labuci. Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk cape,” kata Ezuwan.
Menurut Ezuwan lagi, pakaian itu dijahit dengan tangan dan seluruh permukaan fabrik dipenuhi batu-batu hiasan.
“Baju ini adalah jahitan tangan sepenuhnya seperti mana diminta oleh Aina sendiri. Ini bagi memastikan kualiti jahitan terjamin,” tambahnya.
PILIHAN PEMBACA: Fesyen Berbungkus 'Menghelip' Undang Kritikan, Che Ta; "Saya Boleh Bernafas, Cuma Tak Boleh Pegang ..."
Ezuwan yang turut mengambil kesempatan menyaksikan persembahan Aina pada malam tadi menzahirkan kepuasannya saat melihat penyanyi popular itu muncuL di pentas bersama busana rekaannya.
“Satu kepuasan apabila pakaian yang dihasilkan selama dua minggu ini dilihat gah dipakai oleh Aina. Saya anggap ini satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Aina dalam konsert meganya,” ujar Ezuwan.