Laman Utama

Bye Bye The Weeknd, Bella Hadid Perkenal Kekasih Baharu

Maliah Surip
09/07/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Bye Bye The Weeknd, Bella Hadid Perkenal Kekasih Baharu
Model terkenal Bella Hadid mengesahkan dirinya kini sudah mempunyai kekasih baharu.
Pengesahan itu dibuat secara tak langsung oleh Bella menerusi beberapa siri foto yang dikemas kini dalam akaun Instagramnya.
Lelaki yang kini mengisi hati Bella adalah seorang pengarah muda, Marc Kalman.
"Kehidupan saya. Kesihatan, kerja dan percintaan," tulisnya.
Malah percintaan antara Bella dengan Kalman juga seperti mendapat restu daripada ahli keluarganya termasuk Gigi Hadid.
Gigi dilihat meninggal emosi senyum pada gambar yang dimuat naik sementara beberapa rakan yang lain ikut berbahagia dengan khabar tersebut.
Percintaan ini menjadi yang pertama selepas Bella tidak lagi menjadi kekasih kepada penyanyi The Weeknd. Pasangan ini pernah menjalin percintaan, putus dan kembali bercinta sebelum putus lagi pada Ogos 2019.
"Bella dan The Weeknd kini tidak lagi sejalan secara fizikal atau mental," ujar satu sumber seperti dilaporkan E!News.
Dalam perkembangan lain, Bella kini sibuk mempersiapkan diri menjelang minggu fesyen.
Pada Oktober tahun lalu, dia sempat digosipkan menjalin hubungan dengan cucu Jake Nicholson, Duke Nicholson namun menafikan khabar angin tersebut.
Kredit Foto: Page Six
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar