Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cacat Penglihatan? Lihat Bagaimana Kisah Pelari Buta & Filem On Your Mark Memberi Inspirasi Luar Biasa Kepada Dunia

Maliah Surip 29/08/2021 | 22:50 MYT
Menyebut frasa orang kelainan upaya atau OKU membuat kita memikirkan tentang ketidaksempurnaan dan keterbatasan dalam melakukan aktiviti harian.
Bagi individu sempurna sifat, OKU barangkali dilihat sebagai sebuah kekangan besar sehingga boleh menjadi sebuah mimpi ngeri untuk beradaptasi dengan sekeliling.
Namun, satu satunya hal yang selalu membuat golongan OKU menjadi lebih 'sempurna' daripada individu biasa adalah iltizam. Bersama iltizam, sokongan dan dorongan yang diberikan orang sekeliling akan membuahkan kejayaan.
Lihat sahaja bagaimana jaguh powerlifting Malaysia, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru baru ini.
Atlet berasal dari Sarawak yang berusia 22 tahun itu memenangi acara berkenaan dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum.
Apa yang lebih membanggakan adalah Bonnie yang merupakan OKU Short stature atau perawakan pendek ini mencipta sejarah apabila memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg.
Itu cerita tentang Bonnie, si hero yang mengharumkan Malaysia ; walau dengan kekurangan yang dimiliki.
Ironi di seluruh dunia, banyak kisah penuh inspirasi yang 'dibawa' oleh golongan istimewa ini.
Di dalam bidang sukan khususnya, banyak kejayaan dicipta oleh mereka. Salah satunya adalah rekod yang dibikin oleh pelari Filipina, Mark Joseph Casidsid.
Casidsid adalah seorang lelaki yang dilahirkan dengan cacat penglihatan. Namun itu bukan halangan buatnya untuk berada dalam kelompok 16 terbaik, sekaligus menamatkan larian ultra marathon Cebu Southwest sejauh 210 kilometer yang disertainya pada tahun 2017.
Dengan catatan masa 46 jam dan 32 minit, Jonjon Alegre adalah individu penting yang menjadi teman lari dan menunjuk arah kepada Casidsid sepanjang perlumbaan berlangsung.
Satu lagi contoh penuh inspirasi yang tak kurang hebat mengenai golongan cacat penglihatan dalam dunia sukan adalah kisah pelari bernama Thomas Panek.
Dia berjaya mencetak sejarah di New York City Half Marathon 2019 dengan bantuan tiga ekor anjing bernama Westley, Waffle dan Gus yang menjadi 'petunjuk dan mata' buatnya dalam perlumbaan sejauh 21 kilometer itu.
Dan apa yang membanggakan, Panek yang juga presiden dan CEO Guiding Eyes for the Blind menyempurnakan lariannya bersama para pelari normal.
Panek malah melakukan rekod baharu apabila menamatkan larian 5 kilometer di New York menerusi acara larian Run for Thanks secara virtual pada tahun lalu. Kali ini, Panek berlari secara solo tanpa ditemani oleh anjing kesayangannya.
Tiga kisah penuh inspirasi ini barangkali tidak jauh dari naskhah yang sedang hangat ditayangkan di Astro First saat ini, On Your Mark.
Dilahirkan dari sebuah kisah benar yang mengangkat perjuangan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton, namun kebimbangan yang disimpan sang ayah, Xiao Daming selama ini menjadi nyata.
Dalam satu insiden, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta. Dia sekaligus mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Bagaimana karya yang dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan ini 'berlari' dalam setiap minit babaknya?
Jika anda mahu tahu, jangan sampai terlepas menyaksikan filem pecah panggung di China, On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Kredit Foto: Reuters, Pinoy Fitness
#Filem #Astro First #OKU #Inspirasi #Cacat penglihatan #On Your Mark
;