Gaya Hidup
Cadangan ‘Port’ Berbuka Terbaik Buat Anda Sekeluarga!
Sepanjang bulan Ramadan, kebanyakan daripada anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berbuka bersama keluarga.
Tetapi selain berbuka di rumah, pasti anda ingin mencuba masakan yang lain daripada lain bukan?
Oleh itu, kami cadangkan untuk anda berkunjung ke tempat menarik ini kerana juadah yang dihidangkan sememangnya tidak mengecewakan!
1. 'Selera Muhibah' di Red Box, Pavillion
Jika sebut tentang Red Box, pasti anda akan terbayang tentang karaoke bukan? Tetapi kali ini, bukan itu yang kami ingin cadangkan. Bagi anda yang buntu untuk membuat pilihan tempat berbuka puasa, Red Box Plus yang terletak di Pavillion, Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat. Di sini, terdapat lebih 40 jenis hidangan yang pasti akan menepati selera anda.
Hidangan buffet yang bermula jam 6.30 petang boleh dinikmati dengan harga RM70 seorang pada hari Ahad hingga Khamis. Manakala untuk hari Jumaat dan Sabtu, harga yang dikenakan untuk seorang adalah serendah RM76.
Antara yang menarik di Red Box, mereka menyediakan pelbagai jenis masakan melayu seperti Udang Sambal Masak Petai, Rendang Tok, Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Ketam Masak Lemak Cili Padi. Selain itu, kelainan yang ditampilkan Red Box kali ini adalah mereka turut menyajikan menu istimewa iaitu Ayam Percik dan pelbagai jenis Ikan Bakar.
2. 'Group Steak Ramadan' di Me’nate Steak Hub
Bagi anda yang sudah jemu dengan masakan tempatan dan ingin mencuba sesuatu yang berlainan, berkunjung ke Me’nate Steak Hub adalah pilihan yang tepat. Para peminat masakan barat dan steak pasti rugi jika anda tidak berkunjung ke sini.
Menariknya Ramadan tahun ini, Me’nate Steak Hub menyediakan satu pakej menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Bagi anda yang datang secara berkumpulan, pakej yang paling sesuai untuk dipilih adalah Group Steak.
Harga yang dikenakan bagi seorang kanak-kanak adalah serendah RM39.90 manakala bagi dewasa, hanya RM89.90. Dengan mengambil pakej ini, anda dapat berjimat kerana pelbagai jenis juadah dapat dinikmati dengan harga yang berpatutan.
Antara hidangan yang akan anda nikmati sekiranya mengambil pakej ini adalah; Beef Steak, Lamb Steak, Roasted Chicken, Roasted Seabass, pilihan sama ada Nasi Briyani atau Aglio Olio pasta, kuih muih, buah-buahan dan pelbagai pilihan jus kordial yang boleh diisi semula.
Untuk itu, bagi anda yang bercadang ingin berbuka bersama keluarga pada hujung minggu ini, cadangan tempat berbuka ini mungkin boleh membuatkan Ramadan kali ini lebih bermakna.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Kredit foto : Projek Travel, Dikbee.com