Laman Utama
“Cakap Saya Tak Tahu Agama”- Isu Busana & Sokong Kel Wen, Aina Abdul Tertekan Hingga Terpaksa Tutup Phone
Penyanyi Aina Abdul akui tertekan selepas menerima komen negatif rentetan dari isu busana hitam bersaiz besar yang menutup seluruh tubuh kecuali mukanya yang dikenakan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.
Bukan itu sahaja Aina mendapat kecaman bertubi-tubi selepas didakwa menyokong pereka fesyen jenama Behati iaitu Kel Wen dengan gayanya didakwa mencabul pakaian kebangsaan apabila dilihat hanya memakai sampin dan songkok tapi dalam keadaan seperti separuh bogel.
Aina memberitahu disebabkan tidak sanggup membaca atau melihat komen dari netizen, dia telah menutup telefon bimbitnya daripada menerima notifikasi dari laman sosial.
“Sebenarnya semenjak saya muncul memakai baju busana Behati hari itu saya tiada bagi sebarang kerana amat takut hendak membuka telefon…sebab hampir setiap hari saya terima komennegatif dan kecaman yang teruk.
“Kadang-kadang ia datang dari dua pihak iaitu satu yang mengata baju Aina dan satu pihak lagi yang mengecam akan tindakan saya komen tanda suka di Instagram Kel Wen dari foto baju yang mendapat kecaman ramai.
“Niat saya hanya untuk menyokong kawan-kawan berkarya. Saya nafi saya pakai busana itu untuk tular kerana sejujurnya saya suka akan baju yang direka untuk saya itu,” katanya kepada Astro Gempak.
Aina ditemui Gempak ketika menghadiri rakaman Gempak TV di Studio 3, Astro Bukit Jalil bagi mempromosikan lagu terbaharunya Terus Hidup.
Dalam pada itu, Aina memberitahu dia bukan sahaja menerima kata-kata kesat daripada netizen, malah lebih buruk lagi Aina memberitahu ramai yang mempersoalkan status agama dan kepercayaannya.
“Saya fikir ia perkara kecil tapi ramai pula yang mengecam komen Aina di dalam IG Kel. Saya tak sangka perkara itu dianggap sebagai isu sensitf ibarat macam saya menyokong apa yang Kel buat masa itu.
“Orang terlalu marah sehingga mempersolakan agama dan kepercayaan saya. Mereka tuduh dan cakap saya tak tahu agama dan sebagainya. Ia benar-benar menyedihkan saya,” luahnya.
Tidak mahu memanjangkan isu lagi, pelantun lagu Sepi itu dengan rendah diri mahu memohon maaf kepada netizen yang merasakan apa yang dilakukan keterlaluan.
“Saya nak minta maaf pada netizen jika fesyen yang saya gayakan keterlaluan. Situasi yang saya hadapi ini agak berat dan saya tak boleh cakap saya tak setuju sepenuhnya dengan netizen dan saya juga tak cakap saya setuju sepenuhnya dengan Kel.
“Cuma saya nak beritahu Kell, kamu seorang yang berani dan teruskan minat apa yang kamu hendak lakukan, jadi diri anda sendiri,” ujarnya.