Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Call Sampai Ke Sudah Tak Angkat” - Ayu Penipu! Dah Tempah Berbuka 9 Orang Makan , Last-Last…

Hanafis Haris 17/04/2022 | 04:49 MYT
Malang buat seorang peniaga kedai makan apabila dia ditipu ‘hidup-hidup’ oleh pelanggannya.

Menerusi perkongsian di TikTok @eila_theseafood , pemilik kedai tersebut meluahkan kekecewaannya apabila pelanggan tidak memunculkan diri selepas membuat tempahan untuk berbuka.

Pada video berkenaan, dapat dilihat beberapa lauk pauk dan hidangan yang agak banyak ditempah oleh pelanggan yang dikenali sebagai Ayu.

Difahamkan Ayu tersebut telah membuat tempahan awal berbuka puasa untuk sembilan orang.

Pun begitu, pelanggan tersebut gagal dihubungi oleh pihak restoran sebaik hidangan disediakan.

“Call sampai ke sudah tak angkat. Bulan mulia pun sanggup menipu.

“Kami dah lah struggle tak ada pelanggan. Kalau tak nak datang boleh je cancel booking sebelum kami masak,” kata pemilik restoran tersebut.

Susulan daripada itu, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa simpati apabila pemilik restoran tersebut telah dianiaya oleh pelanggan.

Ada yang sanggup membayar kesemua hidangan berkenaan, tidak kurang juga yang meminta supaya menuntut ganti rugi.

Malah, ramai yang juga menyarankan supaya peniaga itu meminta bayaran penuh terlebih dahulu sebelum menerima tempahan daripada pelanggan.

undefined
#Iftar #Ayu #Berbuka #Kedai Makan #Tomyam
;