Hiburan
“Campak Makanan? Saya Pun Tak Setuju” - Datuk Fazley Jelas Konsep ‘Sweet Table’
Penyanyi dan Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob membidas dakwaan netizen yang melabelkan dirinya kurang sopan kerana mencampak makanan ketika menyediakan hidangan unik ‘Sweet Table’ baru-baru ini.
Jelas Fazley, apa yang dilihat oleh mereka itu hanyalah hidangan disediakan untuk keluarga dan bukannya kepada pelangan.
“Saya tidak terkesan dengan kritikan yang diberikan cuma saya ingin jelaskan yang mereka tengok itu adalah hidangan dilakukan ketika sambutan majlis hari jadi adik saya, Raf.
“Bukan campak, tapi disebabkan ahli keluarga ramai dan meja panjang jadi saya terpaksa lambung.
“Itu sebenarnya hanya untuk memberi adik-beradik dan keluarga saya merasai pengalaman ‘Sweet Table’ dilakukan.
“Konsep sebenar yang akan dihidangkan kepada pelanggan adalah dengan cara melukis di atas meja.
“Kalau nak suruh campak-campak makanan, itu saya pun tak setuju.
“Nenek dan ibu saya dah ajar sejak kecil, makanan tak boleh dicampak. Jangan khuatir, saya faham tentang perkara itu.
“Tak mungkin saya nak campak makanan ketika menyediakan hidangan tersebut kepada pelanggan,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Terdahulu, video pendek merakamkan aksi Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu sedang menyediakan hidangan ‘Seeet Table’ di atas sebuah meja telah menjadi viral.A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Video yang dimuat naik oleh Fazley menerusi akaun Instagram (IG) pada 10 Januari itu mendapat tontonan lebih 1 juta.
Foto: @theshahrulizzat for @sukasucrestudio
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video