Laman Utama
“Cantik Sangat, Nampak Sopan” - Hannah Yeoh Berhijab Santuni Penduduk Dalam Masjid Terima Pujian Netizen
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mencuri tumpuan wargamaya apabila hadir ke Hari Terbuka bersama penduduk di Masjid Al-Imam Al-Ghazali di Bandar Manjalara.
Menerusi laman sosial Twitter, Hannah yang tampil berbaju kurung dan berhijab berkongsi momen sewaktu menyantuni seorang penduduk di dalam masjid untuk tatapan umum.
Malah, penampilannya yang berhijab itu membuatkan ada yang tidak mengenalinya.
“Menghadiri Hari Terbuka di Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara #Segambut. Gembira melihat penduduk pelbagai kaum melawat masjid hari ini. Video - uncle ini tak cam saya kerana saya berselendang,” tulis Hannah di ruangan kapsyen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi perkongsian berdurasi 17 saat itu, seorang warga emas berbangsa Cina memetik nama Hannah namun tidak perasan dia sebenarnya sedang bercakap dengan tuan empunya badan.
Warga emas tersebut turut mengambil peluang bergambar dengan Hannah selepas dia menyatakan Hannah kelihatan seperti seorang wanita Melayu.
Sementara itu di ruangan komen, cara Hannah meraikan kepelbagaian agama dan beramah mesra dengan penduduk mendapat pujian wargamaya.
“Saya suka inisiatif komite masjid ini. Waktu Ramadan pun, mereka anjurkan bazar Ramadan di kawasan mereka. Orang bukan beragama Islam boleh datang dan membeli makanan di sana. Ini menunjukkan bila pintu sentiasa terbuka, ia dapat membantu mengubah stigma sesama masyarakat,” komen seorang wargamaya.
“Salah satu cara saling santun menyantuni rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Macam orang-orang tua di kampung. Let's bring the vibes,” kata seorang wargamaya.
“You look beautiful YB. I’m speechless when you wearing hijab. Really look like a Malay girl,” tulis seorang wargamaya.
“Terima kasih YB. Kita saling memahami dan menghormati budaya dan amalan agama sesama kita. Melayu ni ada sopan dan santunnya, budi dan bahasanya, sama macam dikalangan tionghua dan lain-lain,” luah seorang wargamaya.
“Saya suka semangat ni. Datanglah ziarah masjid kami. Hanya perlu pakai pakaian yang sesuai,” ujar seorang wargamaya.
“Cantik sangat. Nampak simple, sopan dan natural je,” puji seorang wargamaya.
“Thank you YB for promoting unity. We love politician like you,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan dan 7,000 tanda suka daripada warga Twitter.