Cantik Tapi Psycho? Anda Mungkin Tidak Percaya Jenayah Kejam Dilakukan Gadis Comel Ini!
Baru-baru ini tular sepotong video daripada aplikasi Tik Tok yang memaparkan seorang gadis cantik sedang berdepan dengan perbicaraan di mahkamah.
Biarpun menyarung baju banduan, namun kecantikan gadis tersebut ternyata membuatkan orang ramai khususnya golongan jejaka terpikat.
Namun, tahukah anda gadis tersebut sebenarnya ditahan atas kesalahan membunuh dengan kejam?
Menurut laporan Deverpost.com, gadis itu dikenali sebagai Isabella Guzman berusia 25 tahun dan berasal dari Amerika Syarikat.
Kes jenayah Isabella dikatakan berlaku pada 2013 lalu apabila dia bertindak membunuh ibunya sendiri.
Isabella didakwa menikam sebanyak 79 kali di muka dan leher ibunya!
Kejadian kemudian disedari bapa tirinya selepas melihat Isabella memegang sebilah pisau dengan berlumuran darah.
Biarpun cuba melarikan diri selepas kejadian, Isabella kemudian berjaya ditahan pihak berkuasa keesokan harinya .
Dia walaubagaimanapun didapati tidak bersalah selepas dikatakan mengalami masalah mental.
Difahamkan, Isabella telah pun dihantar ke hospital sakit jiwa untuk penilaian lanjut.
She is kinda sweet but then realized her victim is her Mommy. She is killer. She is a criminal. She is Isabella Guzman. pic.twitter.com/DXSUawdsq6— Tipa (@dinalativa) September 6, 2020