Hiburan

Cantiknya dia...Jom Tengok Foto Majlis Akad Nikah dan Resepsi Adriana Adnan

Fiza Kamarudin
01/09/2019
11:02 MYT
Sponsor Banner
Cantiknya dia...Jom Tengok Foto Majlis Akad Nikah dan Resepsi Adriana Adnan
Pada 30 Ogos lalu, kira-kira jam 9.45 malam, pelakon dan pengacara, Adriana Adnan, 23, sah bergelar isteri kepada Harez Hazim Hazrin.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Dr. Adnan Derahman di Masjid Al-Ubudiah, Segambut, Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan, Adriana menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran sebanyak RM10,000 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Selepas majlis akad nikah, pada malam Sabtu pasangan pengantin diraikan dalam sebuah majlis resepsi serba indah di TWH Glasshall, Bandar Mahkota Cheras, Selangor.
Majlis resepsi kedua pula berlangsung pada hari ini 1 September di Hotel UiTM Puncak Alam pada pukul 4 petang tadi.
Difahamkan, selepas selesai dua resepsi tersebut (sebelah pengantin perempuan), dua lagi majlis di pihak suaminya pula bakal menyusul, iaitu pada 7 dan 14 September depan.
Adriana dan suami bertunang pada 15 Disember tahun lalu, selepas lebih dua tahun berkenalan.
Foto Ihsan: Adriana Adnan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar