Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cantiknya Nama Anak Anzalna, Mohamad Emirhan! Ini Maksudnya…

Mya Amri 27/05/2022 | 03:45 MYT
Pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki memilih untuk mengumumkan nama anak keduanya selepas tujuh hari bersalin.

Mohamad Emirhan Mohamad Hanif itulah nama cantik pilihan Anzalna dan suami.

Menerusi hantaran di Instagram, pasangan ini juga mendoakan agar Mohamad Emirhan membesar dengan menjadi anak yang soleh dan berbudi bahasa.

“Sebagaimana sunnah Nabu SAW, setelah cukup tujuh hari kami ingin mengumumkan selepas ditahnik anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif.

“Yang bermaksud ‘Princely Ruler’. Alhamdulillah semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar serta berjaya dunia akhirat. Amin,” tulisnya.

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

Anzalna baru sahaja melahirkan Mohamad Emirhan pada Jumaat, 20 Mei lalu.

Terdahulu, Anzalna dan Muhamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.

#Anzalna Nasir #Anzalna #Nama Anak #Mohamad Emirhan
;