Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”

Asyikin Mayudin 07/05/2024 | 02:55 MYT
Penyanyi rap Caprice meluahkan rasa gembira apabila dapat berkongsi pengalaman dan perjalanan menjaga bayi bersama ibu bapa lain di laman sosial.

Gembira Dapat Kongsi Tip Jaga Anak

Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.

“Maaf untuk semua ibu bapa yang suka sama-sama kongsi perjalanan macam mana nak jaga baby.

“Kita sangat seronok berkongsi dan mendengar daripada awak semua siap bagi tips,” kata Caprice.

Berhenti Kongsi Foto & Video Anak

Caprice bagaimanapun berkata dia dan isterinya telah membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi foto dan video anak lelaki mereka di laman sosial buat masa ini.

“Bagaimanapun, Elis dan saya sudah membuat keputusan untuk berhenti berkongsi foto dan video anak lelaki kami buat masa kini.

“Sayang awak semua dan kami sangat hargai,” kongsi Caprice lagi.

Terdahulu, seorang pemuda dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anak mereka.

Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Elis dilihat sedikit beremosi sebelum meminta individu terbabit melutut di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan Elis telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.

Bagaimanapun, Caprice memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan isu seorang pemuda melutut di hadapan isterinya baru-baru ini.

Menurut Caprice, dia berharap orang ramai dapat melupakan isu berkenaan memandangkan ahli keluarga pemuda itu tiada masalah dengan tindakan tersebut.

Untuk info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Airiel Qashaf pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini, Farra yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.

BERITA TRENDING: “Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors

BERITA TRENDING: "Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat

#Caprice #Farra Inalis #Isteri Caprice #Anak Caprice
;