Laman Utama
Caprice Tak Berminat Nak Ulas Isu Rumah Tangga Sharifah Sakinah & Abang Viva, Sibuk Uruskan Isu Saman!
Umum mengetahui selebriti media sosial, Caprice sering menggunakan platform media sosial miliknya untuk berbincang dan mengulas isu atau berita mengenai salah laku individu lain.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Caprice berkongsi satu tangkap layar soalan yang diterima daripada pengikutnya yang meminta dia mengulas mengenai status rumah tangga seorang pelakon wanita yang dikatakan bakal bercerai.
“Salam Cap, nak tanya Cap ada berita ke pasal Sharifah Sakinah bercerai dengan Micheal? Boleh tulis sikit tak Cap?” tanya indvidu berkenaan.
Tidak sekadar berkongsi tangkap layar berkenaan, Caprice turut membalas ringkas pertanyaan tersebut.
“Waalaikumusalam. Tak nak,” jawabnya ringkas.
Tambah penyanyi rap berusia 34 tahun itu, alasannya tidak mahu mengulas isu tersebut disebabkan dia kini sedang sibuk menguruskan surat saman ekoran isu yang melibatkan dirinya dengan sebuah syarikat tempatan.
Sementara itu, turut dilihat pelakon Sharifah Sakinah sempat meninggalkan komen seakan memerli individu tersebut pada hantaran berkenaan.
“Perlukan ubat anti keresahan?” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Selain itu, menerusi satu hantaran di IG Stories pula, Caprice turut memaklumkan bahawa dirinya tidak akan mengulas isu berkaitan Abang Viva yang tular mengenai kisah perkahwinannya baru-baru ini.
Terdahulu, susulan rasa tidak puas hati yang diluahkan Caprice melalui IG Stories yang mendakwa syarikat Mydin memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadapnya di Twitter, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin tampil memberikan respons mengenai isu berkenaan.
Malah, Ameer Ali turut terbuka untuk menerima surat saman daripada Caprice kepada syarikatnya itu.
BACA: Sempoi! Pengarah Mydin Minta Caprice Hantar Surat Saman