Hiburan
Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”
Selebritri dan usahawan popular, Noor Neelofa meluahkan rasa kurang senang apabila konten masakannya menjadi medan kritikan segelintir netizen.
Malas Buat Konten Masakan
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia berasa malas untuk menghasilkan sebarang konten masakan.
“Baru je post video masak-masak ni, macam-macam komen fasal madu lah, maple syrup lah, butter banyak lah, anak below 1 year old tak boleh blablabla (abbas dah setahun lebih).
“So komen makcik onion ni la yang buatkan saya malas nak buat konten masak-masak ni sebab semua macam terpaling betul,” luah Neelofa.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut akan memadam komen-komen berbentuk kritikan dalam perkongsian tersebut.
Padam Komen Netizen
“So just nak mintak yg mana nak komen cara masak, bahan masak tu. Saya akan delete sebab sakit mata,” tulis Neelofa.
Terdahulu, perkongsian video Neelofa menyediakan makanan buat anak keduanya, Abdullah Abbas mencuri tumpuan netizen sehingga ada yang mengkritik bahan yang digunakan bekas hos Meletop itu.
Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen mempersoalkan Neelofa menggunakan madu ke dalam masakan tersebut kerana tidak sesuai bagi bayi berusia kurang 1 tahun.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Kini perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.
ARTIKEL BERKAITAN: Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Guna Gambar Berunsur Lucah Untuk Promosi Produk, Neelofa Mahu Letakkan ‘Fullstop’ - “Saya Rasa Lebih Baik Kita…”