Gaya Hidup

Cayalah! Kuala Lumpur Kalahkan Phuket Dan San Francisco Sebagai Destinasi Paling...

Hanafis Haris
21/05/2019
09:40 MYT
Sponsor Banner
Cayalah! Kuala Lumpur Kalahkan Phuket Dan San Francisco Sebagai Destinasi Paling...
Kuala Lumpur dinobatkan sebagai destinasi keempat paling banyak dimuat naik di Instagram bagi kategori pemandangan untuk tahun ini. Kedudukan itu sekali gus mengalahkan Phuket, Thailand dan San Francisco, Amerika Syarikat.
Tempat pertama bagi kategori terbabit jatuh kepada Santiago, Chile dan diikuti Buenos Aires, Argentina and Kiev,Ukraine bagi tempat kedua dan ketiga.
Untuk pengetahuan anda, senarai pengiktirafan ini telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengangkutan di United Kingdom dikenali sebagai Hoppa.
Penilaian ini dibuat melalui imej percutian yang dimuat naik di Instagram menerusi pencarian 'hashtag' dan ia turut membabitkan beberapa kategori berbeza termasuklah swafoto, pemandangan, makanan dan beberapa kategori lain.
Selain berjaya menempatkan diri dalam kategori pemandangan, Kuala Lumpur turut tersenarai dalam aspek makanan dan berada di kedudukan ketujuh. Hebat bukan?
Tempat pertama dalam kategori makanan milik Tokyo, Jepun manakala negara jiran kita, Singapura berada di kedudukan ke-8.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar