Laman Utama

Celine Dion Alami Kekejangan Otot! Buat Keputusan Drastik Untuk...

Hanafis Haris
16/01/2022
06:32 MYT
Sponsor Banner
Celine Dion Alami Kekejangan Otot! Buat Keputusan Drastik Untuk...

Gara-gara mengalami masalah kesihatan, penyanyi bersuara lantang Celine Dion, terpaksa membatalkan konsert siri jelajah di Amerika Utara yang sepatutnya berlangsung pada 9 hingga 22 April depan.

Menerusi satu kenyataan media, penyanyi berusia 53 tahun itu terpaksa membuat keputusan sedemikian apabila berdepan penyakit kekejangan otot teruk yang berterusan.

"Celine baru-baru ini menerima rawatan kerana mengalami kekejangan otot teruk dan berterusan.

“Ia sekali gus menghalangnya membuat persembahan serta perlu ambil masa untuk sembuh," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, menurut Celine, dia walau bagaimanapun masih menaruh harapan tinggi untuk dapat kembali ke pentas namun akur perlu bersabar demi kesembuhannya.

"Saya sangat berharap keadaan sudah mengizinkan untuk kembali beraksi.

“Tapi kena bersabar dulu dan patuh dengan aturan ditetapkan doktor," katanya.

Dalam pada itu, Celine Dion turut bersyukur terus mendapat kata-kata semangat daripada ramai untuknya kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber : USA Today

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar