Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cemas Kena Kerumun Di Airport, Jackson Wang Seronok Ada Di KL - "Nak Pergi Mamak Tapi Tutup Pukul 1 Pagi"

Amri Hassan 24/09/2022 | 23:55 MYT

Tenang-tenang saja anggota kumpulan GOT7, Jackson Wang mengendalikan peminat fanatik yang menyerbunya ketika muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Biarpun berasak-asak dikerumun peminat, Wang sempat meminta petugas keselamatan untuk bertenang dan jangan menolak peminatnya.
"Jangan tolak mereka, tak mengapa. Tenang, relaks," kata Wang sambil melayan peminat-peminatnya ketika berjalan keluar dari KLIA.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Wang tetap mengambil surat-surat yang diberikan peminatnya walau dalam keadaan 'genting' itu.
Dalam ciapannya, Wang sempat berterima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima peminatnya di Malaysia.
"Sangat gembira bertemu kalian (peminat) semua, terima kasih menyambut kedatangan saya di lapangan terbang.
"Seperkara saya perlu beritahu, berhati-hati dan jaga keselamatan. Situasi itu sangat berbahaya dan kalian mungkin boleh tercedera. Saya sangat bimbang," tulisnya di Twitter.
Wang hadir ke Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan di Good Vibes Festival, Sunway Lagoon pada Sabtu.
Usai menghiburkan peminat sambil mempromosikan album terbaharunya Magic Man, Wang sempat berseloroh untuk mencuri waktu melepak di restoran mamak.
"Nak pergi mamak tapi dah tutup 1 pagi. Mungkin akan cuba nasib esok (Ahad). Mahu melepak bersama-sama dengan kru.
"Terima kasih atas cadangan semua dan sekarang saya dah tahu kemana nak tuju nanti. Sayang kamu semua!" tulisnya.

A post shared by Malaysian Kpop Fans (MKF) (@msiakpopfans)

A post shared by Z (@zimunn)

Foto/Video: Twitter, IG Jackson Wang, @bellachan_6868. @ooiaizhen, @zimunn
#Penyanyi #Viral #GOT7 #peminat #Hong Kong #Mamak #Jackson Wang #KLIA #Good Vibes Festival #Magic Man #Mobbed
;