Laman Utama

“Cepat Sangat Masa Berlalu…”- Baru 3 Tahun, Elfira Loy Teruja Hantar Anak Ke Sekolah

Syafiqah Jalal
04/01/2023
01:40 MYT
Sponsor Banner
“Cepat Sangat Masa Berlalu…”- Baru 3 Tahun, Elfira Loy Teruja Hantar Anak Ke Sekolah
Pelakon Elfira Loy bagai tidak percaya anak sulungnya Muhammad Rayyan Khalaf yang baru berusia tiga tahun itu sudah memasuki pra-sekolah semalam.
Tiada apa yang diharapkan oleh Elfira sebagai ibu, mahu yang terbaik serta moga Rayyan sentiasa dibawah jagaan Maha Esa.
“Hari pertama pra-sekolah! Cepat sangat rasa masa berlalu.
“Semoga apa yang Mommy and Ayah lakukan untuk Rayyan adalah yang terbaik untuk kamu. May Allah protect you always my Rayyan Boi.
“Have fun at school. Can't wait to hear his first day of school,” katanya.
Elfira berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri yang sama dia memuat naik foto anaknya lengkap beruniform sekolah.
Kemas kini itu juga turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak percaya bahawa Rayyan kini sudah bersekolah.
“Big boy already, know know preschool… have fun Rayyan!” ucap salah seorang warga maya.
“Rasa macam baru je tengok El ajar cara nak suap ubat dekat Rayyan,” komen salah seorang netizen.
Selain Rayyan, Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar