Laman Utama

Cerai Kali Ketiga, Dewi Perssik: “Siap Tak Siap, Pasti Akan Diuji Tuhan”

Maliah Surip
23/06/2022
01:52 MYT
Sponsor Banner
Cerai Kali Ketiga, Dewi Perssik: “Siap Tak Siap, Pasti Akan Diuji Tuhan”
Penyanyi dangdut Dewi Perssik kembali berhadapan dengan episod kurang enak dalam kehidupan berumah tangga.
Wanita yang mesra disapa sebagai Depe itu dilaporkan akan bercerai dengan suaminya, Angga Wijaya. Angga adalah orang yang meminta cerai daripada terus menjadi suami kepada penyanyi tersebut.
Menanggapi berita penceraiannya, Depe mengaku saat ini hidupnya sedang diterpa cubaan.
“Hidup siapapun namanya manusia pasti diuji. Siap tidak siap pasti diuji sama Tuhan. Kan saya yang mahu diceraikan. Saya hanya minta doa yang baik baik dari semua," katanya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Depe bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dirinya mahu diceraikan.
“Mungkin boleh tanya Angga (suami) kenapa dia nak ceraikan saya,” katanya lagi.
Menurut Depe, sepanjang berkahwin selama lima tahun dia telah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Malah dia juga berharap proses penceraian berjalan lancar selain hubungan mereka masih baik tanpa membuka aib sesiapa.
Untuk rekod, perkahwinan Depe dengan Angga adalah pernikahan ketiga. Sebelumnya, dia menikah dengan Saipul Jamil dari 2005 hingga 2007, kemudian dengan Aldiansyah Taher pada 2008 hingga 2009.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar