Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Cerewet Pilih Lagu Bukan Sebab Demand" - Amira Othman

Zulaikha Yusof 24/07/2020 | 01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Amira Othman akui berasa risau selepas lebih setahun tidak muncul dengan lagu baharu.
Menurut Amira, sikap terlalu cerewet dalam mencari material sesuai untuk dijadikan lagu itu memberikan kesan buruk kepada kerjaya seninya.
"Sejak dulu saya ada masalah mencari lagu, susah nak suka dengan lagu. Ia menjadikan sampai sekarang saya tak dapat.
"Bukan cerewet kerana terlalu 'demand' atau apa, tetapi sebagai penyanyi, tentunya saya mahukan karya yang mampu membawa nama dan bakat melonjak naik dengan baik.
"Namun, sikap cerewet ini juga sedikit sebanyak memberikan kesan buruk kepada kerjaya seni saya yang hingga kini, masih tidak mendapat lagi karya lagu yang sesuai untuk dirakamkan.
"Saya pun keliru ia sesuatu yang baik atau tidak kerana sebagai penyanyi memang kena ada lagu yang baik," katanya kepada Gempak.
Walaubagaimanapun, pelantun lagu Jaga-Jaga ini sedar dan menjadikan pengalaman yang dilalui sebagai pengajaran penting bagi memastikan kerjaya seninya sentiasa berterusan.
"Saya suka mengambil apa yang berlaku itu sebagai pengajaran buat diri sendiri. Sekarang, saya mula faham, sebagai penyanyi perlu sentiasa ada material lagu baharu bagi memastikan kelangsungan kerjaya yang berterusan.
"Justeru, selepas ini saya merancang akan segera mencari lagu baharu, sebagai usaha memastikan sentiasa konsisten dalam rakaman lagu tanpa perlu menunggu terlalu lama," katanya lagi.
Terbaru, Amira bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul ICU bersama kawan baiknya, Wany Hasrita yang juga merupakan seorang penyanyi.
#Amira Othman #Lagu #Cerewet #Setahun
;