Viral

Chacha Maembong Mengaku Berparti Dengan Kawan Wanita

Amri Hassan
28/01/2020
08:58 MYT
Sponsor Banner
Chacha Maembong Mengaku Berparti Dengan Kawan Wanita
Pelakon yang terpalit dengan kontroversi penyebaran foto berbikini di Bali, Indonesia akhir tahun lalu, Chacha Maembong akui meluangkan masa bercuti bersama kenalan wanitanya.
BACA: Tular! Video Wanita Persis Chacha Maembong Berpesta Pakai Bikini Di Bali
BACA: Didakwa Berbikini Jingga Di Bali, Ini Komen Chacha Maembong....
Namun, pelakon itu masih enggan mengulas lanjut berkenaan penyebaran video dan imej berkenaan.
"Saya mengakui bercuti dengan rakan-rakan ketika video berkenan tular. Ini hanya percutian membabitkan rakan-rakan wanita.
"Saya enggan mengulas lebih lanjut, kisah yang sudah dilupakan. Saya tidak mampu menutup mulut warganet bercakap buruk mengenai saya.
"Redha saja, inilah bayaran yang harus saya terima apabila memilih hidup sebagai selebriti. Namun, ia bukan penghalang untuk saya menjadi diri sendiri dan melakukan apa yang disukai," katanya kepada BH Online.
Enggan bermuka-muka, tambah Chacha dia juga sudah lali dengan kutukan netizen sejak mula bergelar artis lagi.
Saya sudah kebal dengan hentaman warganet. Bukan mereka tidak tahu saya suka berpakaian seksi sejak dahulu lagi.
"Saya bukannya jenis bermuka-muka. Apa yang ditunjukkan dalam laman Instagram (IG) adalah diri saya.
"Saya tak mahu dalam IG bukan main tunjuk baik. Berjumpa di luar, tidak senonoh. Saya rasa kesannya lagi buruk terhadap seseorang yang berperangai begitu," tambahnya.
Sumber: BH Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar