Viral
"Che Det ... Nak Sign Please" - Anzalna Berjaya Lukis Potret Tun M
Pelakon Anzalna Nasir menjelaskan dia masih belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran dalam masa terdekat.
Kata Anzalna, 30, dia ingin memberikan fokus untuk hobi melukisnya terlebih dahulu memandangkan tempoh untuk menyiapkan sesebuah karya memakan masa yang panjang.
"Adakah saya sudah bertukar profesyen dari pelakon ke pelukis?
"Jawapannya, berlakon sentiasa menjadi keghairahan saya dan sehingga kini saya masih mendapat tawaran tak kira drama beratus episod atau telefilem.
"Tetapi malangnya saya belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran memandangkan saya perlu menyiapkan semua lukisan yang sudah ditempah.
"Saya gembira dengan apa yang sedang saya lakukan, terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya dan Insya-Allah saya akan kembali berlakon nanti," kata Anzalna.
Pelakon itu juga mendedahkan dia mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan potret Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Harap-harap saya akan mendapat tanda tangan daripada Tun M jadi saya boleh mempergiatkan sumbangan kebajikan lagi nanti. Che Det, nak sign please!" tambah Anzalna.
Aktiviti melukis Anzalna menjadi keutamaan bagi pelakon cantik itu hingga ada antaranya dijual dengan harga tinggi.A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @anzalnanasir88
Must-Watch Video