Viral
Che Nom Kongsi Masak Pisang Goreng Bijan, Kapsyen ‘Rupa Tak Seindah Tudung Satin Corak KLCC’ Curi Perhatian Netizen
Youtuber masakan terkenal, Che Nom mencuri tumpuan apabila berkongsi menu masakannya baru-baru ini.
Menu Pisang Goreng
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Che Nom atau nama sebenarnya, Norma Bakar, berkongsi foto menu pisang goreng yang dimasaknya.
“Pisang goreng bijan rangup. Style mak-mak goreng kat kampung.
“Guna pisang ranum, walaupun rupa tak seindah tudung satin corak KLCC, tapi hitam-hitam karamel gula tu yg best! Rangup manis....da vass!,” kongsi Che Nom.
Netizen Dakwa Che Nom Berkias
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pengguna platform Threads mendakwa Che Nom mengkritik atau ‘shade’ usahawan popular, Vivy Yusof gara-gara tulisannya itu.
“Did che nom just shade Vivy Yusof?,” tulis pengguna tersebut.
Netizen Terima Kasih Pada Che Nom
Meninjau ke ruangan komen, pengguna lain turut memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.
“Wah Che Nom berkias,” komen netizen.
“Tak kisahlahhh… I loooove Che Nom’s recipes!!!,” puji peminat.
“Mantap Che Nom! Banyak jasa Che Nom taw. resepi-resepi sedap,” komen netizen lagi.
“Tepuk utk Che Nom, she deserve investment too,” tulis netizen lain.
Kini perkongsian tersebut telah menerima 2,800 tanda suka dan 129 komen.