Hiburan
Che Sayang Kitchen Dinobat Creator Of The Year, Bella Astillah Menang Celebrity Of The Year TikTok Awards Malaysia 2024
Pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan masakan, Che Sayang Kitchen dinobatkan sebagai Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2024.
Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid berkata, kejayaannya menerusi kategori pilihan orang ramai atau pilihan popular itu adalah hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan dan pengikutnya.
Creator of the Year
Che Sayang menewaskan lima pencabar lain iaitu Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.
“Terima kasih pada yang mengundi. Ia sangat mustahil tetapi dengan kerja keras dua kali ganda sampai hari ini benda ini terealisasi.
“Terima kasih kepada pengundi, keluarga dan semua yang menyokong saya.
“Kalau boleh bermimpi dan boleh kerja keras untuk capai mimpi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Terima Banyak DM Lamaran Selepas Tular Video Sedang ‘Solo’, Khairul Aming Kongsi Ciri-Ciri Pasangan Idaman!
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."
TikTok Awards Malaysia disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Celebrity Of The Year dimenangi oleh pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah.
Celebrity of the Year
Bella berkata dia tidak menjangka tercalon dalam kategori tersebut.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada TikTok. Saya tidak terfikir pun akan tercolan dalam kategori ini.
“Sejak saya menyertai platform digital ini, banyak peluang baharu terbuka bukan buat saya saja, tetapi turut kepada semua orang. Ramai yang sudah mendapatkan manfaat daripada media sosial,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Perlu Masa, Belum Bersedia Untuk Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua - “Tunggu Waktu Sesuai, Saya Tak Nak Ayden Jadi Keliru”
Sementara itu, Brader Wheel Chair dan Lokohopunohgroup pula meraih trofi anugerah istimewa Changemaker Of The Year.
Anugerah istimewa ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memberi sokongan kepada mereka yang berani mencipta impian.
Melalui kategori Changemaker Of The Year, TikTok mahu mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif melalui kandungan yang dicipta sama ada dalam memberikan inspirasi kepada perubahan positif, memberikan kesedaran mengenai isu-isu penting, mahu pun sekadar memberi inspirasi kepada ribuan lagi penonton.
Sementara itu, bagi kategori pilihan popular iaitu TikTok Live Creator of the Year dimenangi oleh Acap S atau Asraf Jaafar, Video Of The Year (Agy Official), TikTok Shop Creator of the Year (Pinn Yang).
Bagi kategori pilihan juri iaitu Entertainment Creator Of The Year pula dimenangi oleh Kanafly, Animation Creator Of The Year (Yimotapir), Gaming Creator Of The Year (Kingshahx), Sports Creator Of The Year (Amaranas), Food Creator Of The Year (Tang Guo Shop), Education Creator Of The Year (Aminxabid) dan Beauty and Fashion Of The Year (Aishah Rahim).
TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy Ang sebagai hos karpet merah.
Turut memeriahkan acara adalah persembahan dari artis popular seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, Zubir Khan, Ezra Kairo, Alfie Zumi, Muahx, Faizal Tahir, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan.
TikTok Awards yang diperkenalkan tahun lalu itu juga memberikan ruang dan laluan yang besar kepada pemenang-pemenang dan calon-calon yang tersenarai untuk mereka mengorak langkah dalam penciptaan kandungan dan kerjaya profesional mereka.