Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Che Ta Mahu Berhenti Bersanding, Beri Laluan Pada Anak Teruna Naik Pelamin

Azwa Rahman 21/06/2022 | 03:52 MYT
Aktres jelita Rozita Che Wan mengakui sudah bersedia untuk berhenti bersanding setiap kali tiba ulang tahun perkahwinan mereka bagi memberi laluan kepada anak-anak lelakinya berumah tangga.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, 49, dia tidak sabar menanti anak-anaknya naik pelamin bersama kekasih hati masing masing.
“Memang saya dah cakap kat Zain, tahun depan last kita bersanding sebab lepas tu nak bagi anak pula bersanding kan.
“Saya dah pesan kat anak-anak, kalau korang dah kahwin nanti duduk dengan mummy tau.
“Saya jenis memang selalu tanya Aniq dah ada kekasih ke, tunjuk la sikit gambar kekasih. Tapi dia taknak tunjuk sebab dia kata baru lagi. Tapi kita tahun la dia dah ada kawan. Kita tunggu je bila diorang dah bersedia nak kenalkan kat kita,” katanya kepada Gempak.
Che Ta ditemui pada majlis berinai bersama suami, aktor Zain Saidin bersempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang bakal menuju tempoh satu dekad pada tahun ini.
Tambah ibu kepada tiga anak ini lagi, dia sering mengambil tahu perihal kekasih hati anak-anaknya kerana mahu mereka sentiasa gembira.
“Memang saya ibu yang sporting pasal kita sayang anak kita. Biarlah dia nak kawan dengan siapa pun, biar dia happy. Dulu Aniq ada kekasih yang bertahan sampai lima tahun. Bila dia putus, saya sedih,” ujarnya lagi.
Dalam pada masa yang sama, Che Ta turut mendedahkan bahawa dialah yang menyediakan pelbagai hadiah untuk anak-anaknya berikan kepada kekasih hati.
“Siapa yang jadi kekasih depa ni senang, saya yang sediakan hadiah, bunga, kek. Depa nak pergi dating, okay bawa je barang-barang tu.
“Kita ni perempuan, kita mesti seronok bila boyfriend kita buat macam tu. Jadi saya buatkan untuk anak-anak saya.
“Orang lelaki ni tak kreatif macam orang perempuan. Kita tahu apa yang orang perempuan nak jadi biarlah kekasih dia rasa dihargai macam tu,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada tahun 2009.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang bakal memasuki usia 9 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
#Zain Saidin #Rozita Che Wan #Che Ta bersanding
;