Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Che Ta Sedih Orang Melayu Sambut Krismas, Siap Main Dengan Anjing! “Acah-Acah Jadi Orang Putih…”

Shahrin Zulkifle 28/12/2022 | 05:00 MYT

Usahawan dan pelakon jelita Rozita Che Wan meluahkan rasa sedih apabila wujud segelintir masyarakat berbangsa Melayu yang menyambut perayaan Hari Natal pada 25 Disember lalu.

Menyifatkan golongan tersebut sebagai ‘acah-acah’, Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta turut kesal dengan mereka apabila ada yang menyambut perayaan itu sambil bermain dengan anjing meskipun Islam melarang menyentuh haiwan berkenaan.

“Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah- acah nak jadi orang putih, sambut Krismas, main dengan anjing, walaupun beragama islam!” katanya.

Che Ta berkongsi rasa terkilannya itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada Selasa.

Pun begitu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu tetap mendoakan golongan berkenaan akan diberikan hidayah daripada Allah.

“Allahuakhbar. moga ada hidayah lah untuk mereka,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila perkongsian sepasang suami isteri yang juga pempengaruh popular beragama Islam menyambut Hari Natal sambil dilihat ada beberapa ekor anjing di dalam rumahnya.

Malah, perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan wargamaya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Che Ta #Rozita Che Wan #Hari Natal #Christmas
;