Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Chef Wan Bangga 'Air Tangan' Terbang Keliling Dunia Dengan Traveloka - "Teringat Zaman Susah Payah..."

Shahrin Zulkifle 25/08/2022 | 13:00 MYT
Cef selebriti popular, Chef Wan mendedahkan kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan pengorbanan yang dilakukannya dahulu demi memastikan kehidupan keluarga dan anak-anak dalam keadaan senang.

Jelas Chef Wan, seawal usianya masih muda sudah melibatkan diri dalam perniangaan biarpun ketika itu sedang melanjutkan pengajian di universiti.

Malah, menurut Chef Wan atau nama aslinya Datuk Redzuawan Ismail, dia terlalu bekerja keras sehingga tiada masa buat dirinya.

Kerja Keras Demi Kehidupan Selesa

“Saya sedar duit bukan segalanya, namun seawal usia belasan tahun saya sudah belajar meniaga untuk mencari duit sebab saya bukan dari keluarga senang.

“Semasa saya di zaman universiti saya buat dua hingga tiga kerja, saya guna motorsikal saya jual produk kesihatan jenama Avon, Ammway dan beberapa lain lagi.

“Habis belajar saya mula bekerja, saya masih meniaga, ajak kawan-kawan dan saudara mara semua pakat suruh beli untuk sokong perniagaan saya.

“Kemudian apabila saya sudah menjadi tukang masak, saya fokus pada pekerjaan saya ketika itu biarpun saya sedar ada kalanya terlalu berlebihan bekerja sampai waktu cuti umum pun saya tak perasan apatah waktu untuk berehat.

“Ada juga rancangan TV yang panggil untuk bersiaran dalam rancangan mereka, saya ambil semua tawaran yang ada asalkan ianya mendatangkan keuntungan dan berikan saya duit. Saya buat ini untuk memastikan kehidupan saya satu keluarga hidup selesa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kerjasama di antara restoran milik Chef Wan, De.Wan dan syarikat platform pelancongan atas talian, Traveloka Malaysia.

Chef Wan Bangga Kerjasama Dengan Traveloka

Ditanya tentang perasaan dapat bekerjasama dengan syarikat tersebut, Chef Wan meluahkan rasa bangga apabila makanan rakyat tempatan bakal diangkat dan dinikmati oleh masyarakat seluruh dunia.

“Sudah pastinya saya berasa amat bangga dengan kerjasama kami (pengurusan De.Wan) dengan Traveloka Malaysia yang membuka banyak peluang untuk memperkenalkan masakan Malaysia di luar negara.

“Kami menjemput pengunjung untuk menikmati hidangan warisan Malaysia yang sebenar di De.Wan 1958 oleh saya sendiri atau di Café Chef Wan, di mana mereka boleh menikmati hidangan antarabangsa yang diilhamkan oleh pengembaraan dunia saya,” jelasnya.

Sementara itu, kerjasama tersebut bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan masakan Malaysia di peringkat serantau, dengan menawarkan tetamu sehingga 15 peratus daripada jumlah bil mereka, tersedia di Traveloka Xperience.

Traveloka Hidangkan Air Tangan Chef Wan Buat Pelanggan

Dalam pada itu, menurut Pengurus Negara, Traveloka Malaysia, Angelica Chan turut meluahkan rasa bangga dan gembira apabila pelanggan bakal berpeluang menikmati air tangan tukang masak terkenal negara.

Malah, pihak Traveloka sendiri akan terus komited menyediakan perkhidmatan terbaik demi memastikan keselesaan penggunanya terjaga.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Wan, dan menyertai kumpulan restoran dan kafenya di Traveloka Malaysia. Perkongsian kami memberi ganjaran kepada pengguna dengan penjimatan yang hebat, dan yang paling penting, memastikan mereka mendapat makanan Malaysia yang benar-benar hebat dan tulen, dihidangkan oleh chef selebriti antarabangsa.

“Traveloka komited untuk terus menyediakan pelanggan dengan momen yang penuh aspirasi dan bermakna yang mengutamakan kemudahan dan kemudahan penggunaan. Dengan adanya restoran dan kedai kafe Chef Wan, mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform pelancongan dan gaya hidup Asia Tenggara,” tambahnya.

Traveloka Platform Pengembaraan

Untuk Info, Traveloka merupakan platform pengembaraan dan gaya hidup Asia Tenggara, menyediakan akses kepada pengguna untuk menemui dan membeli pelbagai produk pelancongan, perkhidmatan tempatan dan perkhidmatan kewangan.

Portfolio produk komprehensif Traveloka termasuk perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti tiket penerbangan, bas, kereta api, kereta sewa, pemindahan lapangan terbang, serta akses kepada inventori penginapan terbesar di Asia Tenggara, termasuk hotel, pangsapuri, rumah tamu, homestay, resort dan vila seterusnya menjadikan Traveloka sebagai platform tempahan dengan pilihan penginapan dan pakej terluas.

#Viral #Travel #Chef Wan #holiday #Traveloka Malaysia
;