Hiburan
Chowrasta Hadiah Kepada Alumni UiTM Dan Rakyat Malaysia
Filem ke-38 arahan Datuk Prof A Razak Mohaideen, Chowrasta, sudah pun menemui penoton bermula 3 Disember lalu.
Menurut pengarah yang juga Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita) Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, selain sebagai hiburan, Chowrasta dihasilkan sebagai satu hadiah kepada bekas penuntut UiTM.
“Filem ini merupakan hadiah kepada Alumni UiTM supaya mereka akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh UiTM dalam mengubah destini anak bangsa serta tidak melupakan jasa yang dicurahkan.
“Dalam kita ghairah mengejar cita-cita masa kini kebanyakan orang lupa dengan asal usulnya dan tidak pandang ke belakang semula untuk membantu orang memerlukan serta ada yang sanggup memperlekeh tempat asal usul,” katanya.
Justeru, harapan besar pengarah ini nanti agar filem tersebut mendapat sambutan hangat daripada penonton.
“InsyaAllah berdasarkan sambutan dan maklum balas penonton ketika tayangan perdana dahulu, ramai antara mereka mahu menonton semula filem ini buat kali kedua.
“Saya tetap yakin walaupun ada antara penuntut sudah menonton dahulu, tetapi mereka pasti akan menonton kembali sebagai tanda sokongan kepada hasil tangan pihak universiti.
“Selain jalan cerita yang lain dari yang lain yang pastinya memuaskan hati setiap penonton,” katanya.
Filem ini membariskan pelakon popular tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Aminah Rhapor.
Kepada Alumni UiTM, tunggu apa lagi? Rugi kalau tak tonton filem ini kerana menerusinya anda akan dapat mengenali Naib Canselor, Tan Sri Dato' Sri Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar dengan lebih dekat.
Jangan lepaskan peluang, silalah ke pawagam berhampiran hujung minggu ini bersama keluarga, untuk menyaksikan filem yang sarat dengan mesej dan mengangkat martabat Melayu ini.