Laman Utama
Chubb-E Kecewa Adegan 'Panas' Idea Ibu Dalam MV Rambang Terpaksa Dipotong - "Netizen Sekarang Sensitif Tak Bertempat"
Penyanyi Chubb-E kecewa apabila adegan panas memperlihatkan seorang wanita separuh bogel daripada sedutan video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Rambang terpaksa dipotong.
Kata Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy, idea asal untuk menampilkan model wanita dalam MV terbabit merupakan daripada ibunya.
"Saya memang berharap babak itu ada dalam MV sebab ia merupakan idea asal. Ibu saya yang memberi idea untuk babak tersebut. Malah ibu juga yang dapatkan model wanita dari Ukraine itu.
“Apa yang saya tunjukkan, yang netizen tak suka ke apa… memang keluarga saya tahu dan saya pun tak akan buat sesuatu yang keluarga tak suka,” kata Chubb-E.
Chubb-E ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis dibawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Chubb-E, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Da Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.
Sebelum ini, tular foto berunsur lucah daripada sedutan MV lagu Chubb-E terbaharu berjudul Rambang sehingga mengundang kecaman netizen. Namun, tegas Chubb-E, aksi terbabit tidak keterlaluan.
Disebabkan kecaman itu, Chubb-E memberitahu adegan bersama wanita itu terpaksa dibuang kerana ada netizen yang menganggap ia terlalu sensitif.
Menurut Chubb-E, dia menganggap adegan tersebut tidak perlu dijadikan isu memandangkan banyak MV lagu penyanyi rap seperti Caprice dan Joe Flizzow menggunakan konsep yang sama.
"Memang agak sedih bila babak tersebut terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan memang dah rancang untuk jadikan ia salah satu gimik selepas dilancarkan lagu itu.
"Kami rakam MV itu awal bulan Februari lalu. Ikutkan bagi saya, tak ada masalah pun babak itu.
"Sebab saya pun ambil idea dan rujukan daripada MV lama-lama seperti MV lagu Joe Flizzow dan Caprice. Mereka pun ada MV yang memaparkan wanita berpakaian bikini saja.
"Tapi sekarang netizen sensitif… kadang-kadang sensitif tak bertempat. Tapi saya pelik, bila babak itu tak ada dalam MV, netizen geram pula. Bila ada, kang kena kecam," ujarnya.