UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Cik Epal Anggap Harga ‘Paid Review’ Berbaloi Dengan Hasil - “Bila Nama Sedang Naik, Saya Ambil Peluang Ini Tapi…”

Asyikin Mayudin 04/02/2025 | 06:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mengakui perkongsian mengenai kadar harga untuk ‘paid review’ yang mencecah RM20,000 sehingga RM100,000, bukan rekaan semata-mata.

Harga berbaloi

Cik Epal berkata ia merupakan harga sebenar yang perlu dibayar untuk melakukan ‘paid review’ iaitu memberi ulasan atau tampil mempromosikan mana-mana produk di laman sosial miliknya.

“Saya rasa harga itu bersesuaian dengan apa yang saya akan berikan. Kalau ada yang nak bayar, saya buat, dan saya akan buat sehabis baik.

“Kalau sesiapa yang bekerja dengan saya, mereka akan tahu saya ‘all out’, awak bayar macam itu, awak akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda.

“Saya bukan artis atau selebriti, tapi saya sebenarnya ahli perniagaan, jadi saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan saya, harga boleh bincang,” katanya kepada Gempak.

Cik Epal ditemui pada majlis ramah mesra bersama duta-duta Jakel bersama pelanggan di Jakel Shah Alam, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Kongsi Senarai Harga Paid Review, Netizen Terkejut; - “Rezeki Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Berani Kerana Benar" - Cik Epal Tetap Pertahan Maruah Diri, Ada Tindakan Terhalang Disebabkan ...

ARTIKEL BERKAITAN: "Setiap Yang Berlaku Ada Hikmah” - Cik Epal Positif Hadapi Dugaan Hidup, Mahu Kemelut Dengan Bekas Suami Selesai Segera

Sebelum ini, menerusi Instagramnya, Cik Epal mendedahkan senarai harga yang dikenakan bagi memberi ulasan atau tampil mempromosikan mana-mana produk.

Menerusi senarai itu, Cik Epal mengenakan bayaran bermula dari RM20,000 sehingga RM100,000 bergantung kepada kandungan promosi yang diinginkan.

Promosi produk

Menurutnya, harga itu didedahkan berikutan terlalu ramai pihak bertanya mengenai harga yang dikenakan sekiranya mahu pempengaruh media sosial itu membuat kandungan mengenai produk mereka.

Tambah Cik Epal, ketika dia meletakkan harga itu, terdapat dua syarikat yang menghubungi untuk bekerjasama.

“Sebab memang sebelum ini pun, orang bayar ‘rate’ itu. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu sajalah.

“Sebelum ini saya tak buka untuk reviu sebab dulu saya berniaga, tapi bila nama saya sedang naik ini, saya ambil peluang ini tapi saya tahu ‘value’ saya.

“Alhamdulillah ini rezeki anak-anak,” katanya.

#Paid Review #Cik Epal #mendonia #Cik Epal mendonia #Kadar harga
;